Sabtu, 7 Disember 2013

BORONG MURAH SET COLLAGEN PLUS VITAMIN E


Borong 1dozen/12set RM192 1set Hanya RM16
Borong 2dozen/24set RM370 termasuk pos..
BERMINAT??Boleh Whatsapp ke 01129993882 untuk pembelian..

1 Set Collagen Plus Vitamin E mempunyai 
1. Set krim siang 
2. Set krim malam
3.serta sabun

FUNGSI Set Collagen Plus Vitamin E:

 Memutihkan wajah  Menghilangkan bintik-bintik hitam, jerawat dan bekas jerawat di wajah  Mengecilkan pori-pori Menganjalkan kulit wajah  Membuat wajah putih dan berseri

KOMPOSISI Set Collagen Plus Vitamin E:  COLLAGEN PLUS VIT E WHITENING BEAUTY SOAP  COLLAGEN PLUS VIT E WHITENING BEAUTY DAY CREAM  COLLAGEN PLUS VIT E WHITENING BEAUTY DAY CREAM

CARA PEMAKAIAN Set Collagen Plus Vitamin E:  Krim Siang (Kuning) Vit. E - dipakai siang hari dengan cara menyapu rata secara nipis di serata wajah  Krim malam (putih) untuk dipakai waktu malam selepas membasuh kulit dengan cara menyapu rata secara nipis ke serata kulit wajah.  Dapat digunakan sebagai alas bedak / pelindung dari sinar matahari.  Wajah akan kelihatan bersih dan putih dalam masa secepat 1 minggu.



Rabu, 4 Disember 2013

Ibu Johan tak restui hubungan,Shila pujuk

 Selepas pelakon Johan As'ari membuat pengakuan yang menggemparkan industri hiburan apabila mengaku bercinta dengan pelakon sensasi Lana Nordin, ibu kepada bintang "Juvana" itu, Datin Firdaus Abdul Kadir dilihat seolah-olah tidak merestui hubungan cinta anaknya itu.
Menerusi laman Instagram, Datin Firdaus telah memuat naik gambar berserta ayat "A sad face under the shades – Allah menduga setakat yang kita mampu. Setiap dugaan ada hikmah di sebaliknya."
Berikutan status tersebut, Shila Amzah telah meminta ibu Johan untuk tabah berdepan situasi sekarang, termasuk memuat naik gambar bersama ibu Johan di laman Instagram-nya.
"Terus hadapai dengan senyuman. Walau apa jua ujian, tetap akan jalan ke depan. Guna kewarasan akal fikiran. Tanpa ada walau satu kepincangan biarpun masa acap kali mencemburui kita.
"Ada saja hal yang tiba tanpa dipinta, namun kita harus ingatkan diri agar tidak alpa dengan apa yang kita ada dan tiada kerana dunia ini cuma jambatan sahaja," katanya yang dipetik dari Hip.

Jumaat, 29 November 2013

Benarkah One Direction bakal berpecah?


Taylor Swift menang Artis Tahunan AMA buat kali ke-3

Penyanyi country terkenal, Taylor Swift dinobat sebagai Artis Tahunan buat kali ketiga di American Music Awards 2013 (AMA 2013) yang berlangsung di Nokia Theatre, Los Angeles pada malam Ahad (waktu tempatan).

Kamal Adli kesal dengan sikap Fizz Fairuz?

Pelakon kacak Kamal Adli sedikit terkilan dengan sikap yang ditunjukkan pelakon Fizz Fairuz

Ahad, 17 November 2013

Awie muflis??

Penyanyi dan pelakon terkenal, Awie enggan mengulas dengan lebih lanjut berhubung dakwaan yang mengatakan dirinya diisyiharkan muflis.

Konti radio Hot Fm banjir besar???

Setelah hampir 8tahun bertugas sebagai penyampai radio Mohd. Faizal Ismail atau FBI akhirnya mengucapkan selamat tinggal

Rabu, 13 November 2013

Shahrizal Jaszle nekad mempertahankan diri

 Aktor drama "Asmara", Shahrizal Jaszle yang mendakwa telah diperangkap oleh pihak tertentu nekad mencari bukti bagi membersihkan namanya selepas membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling atas tuduhan khalwat pada Selasa.

Tahniah Yasmin Hani dapat bayi lelaki

Pengacara jelita, Yasmin Hani Richardson selamat melahirkan bayi lelaki hasil perkahwinannya bersama bekas pemain dram kumpulan Blackrose, Sha'arin Razali.

Karl Shafek nafi tiru imej Wan Doyok

Pengacara yang semakin dikenali, Karl Shafek menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia meniru atau menciplak gaya ikon fesyen popular, Wak Doyok

Rabecca Menang kes saman,kesal dengan tuduhan Erma Fatima

Selepas menang kes saman terhadap Erma Fatima, pelakon drama Rabecca Nur Islam berharap pengarah terkenal itu dapat menerima kenyataan segala yang berlaku adalah ketentuan Tuhan.

Gadis Brazil cerita malam bersama Justin Bieber

Tatiana Neves Barbosa menjadi popular dalam sekelip mata sebagai gadis yang merakam video bintang pop terkenal Justin Bieber di atas katil dan memuat naik di internet sehingga menjadi perhatian ramai.

Teguran secara terbuka Dato'Siti Nurhaliza terhadap Khairy Jamaludin

Penyanyi no.1 negara Datuk Siti telah menegur tindakan Menteri Belia dan Sukan,Khairy Jamaludin secara terbuka agar menghormati mereka yang lebih tua.

Selasa, 5 November 2013

Ummi Nazeera nafi pernah bernikah dengan Aeril Zafrel

Satu berita yang mengaitkan nama Aeril Zafrel telah keluar di Bpop artikel yang dihasilkan oleh Zubir.

PASANGAN BAHAGIA-AVRIL LAVIGNE DAN CHAD KROGER RANCANG MILIKI ANAK

Avril Lavigne bukanlah satu nama yang perlu diperkenalkan lagi. Pasti ramai yang mengikuti Avril ketika zamannya bermula dahulu hingga kini.

SPECIAL OFFER EMILAY WHITENING CLEAR SPOT





                                   


 100%EKSTRAK TUMBUH TUMBUHAN:
1)Grape Seed/Anggur
2)Aloe Vera
3)Pearl/Mutiara
4)Rumpai Laut



Fungsi EMILAY CLEAR SPOT USA:
-Memutihkan
-Menegangkan kulit
-Mengurangkan jerawat
-Menghilangkan kesan/parut akibat jerawat
-Menghilangkan bintik di kulit
Menyamarkan bintik hitam & tanda bekas luka.
-Tiada pengelupasan
-Menghilangkan toksin dlm badan

Ahad, 27 Oktober 2013

5 Penyanyi wanita terkenal yang gagal di layar perak

Britney Spears, "Crossroads" (2002) 

Gagal dapat permit,konsert Kesha terpaksa batal

Kurang 36 jam sebelum konsert sulung penyanyi Amerika Syarikat popular, Kesha di Malaysia berlangsung, Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) tidak meluluskan permit acara berkenaan sehingga menyebabkan penganjur konsert, Livescape Sdn. Bhd. mengalami kerugian lebih RM1 juta.

Luna Maya anggap Ariel sebagai abang

Aktres dan model jelita Luna Maya mengakui dia dan bekas kekasihnya, Ariel dari kumpulan NOAH sering berkomunikasi dan pernah bertemu selepas penyanyi berusia 32 tahun ini bebas dari penjara berikutan kes video seks mereka yang tersebar pada 2010.

Isnin, 21 Oktober 2013

Johan terpikat dengan seorang artis

Pelakon popular, Johan As'ari mengakui dirinya kini sudah terpaut dengan seorang wanita yang juga merupakan selebriti, namun Johan enggan meluahkan perasaan hatinya kepada wanita itu.

Kemunculan kembali Shane Filan di Shout Awards


Anugerah tahunan yang dianjurkan saluran 8TV, Shout! Awards 2013 bakal tampil berbeza daripada sebelumnya dengan membawa bintang pop terkenal iaitu Shane Filan yang juga merupakan vokalis kumpulan popular lewat 1990-an, Westlife.

Ahad, 20 Oktober 2013

Nadai Agi - The Crew [Official Music Video]


Song: Nadai Agi
Artist: The Crew
Lyric: Ct Projam
Records/Label: Projam Studio
Videographer/Editor: The Colors
Director: Kehem, Ark
Copyrights PROJAM STUDIO 2013

Lyric by Ct Projam:

Verse 1
Pedis amat aku ka ngenan
Nuan lenyau bangat berumban
Sayau nuan intan belian
Pengerindu tua nyau puntan

Bridge :
Mina siti pinta aku
Anang nuan enda ingat ke aku
Naka tu aja adan pengerindu bepadu
Di sorga tua betemu baru

Chorus :
Nadai nadai agi nuan di tisiku
Ka pan sayau
Ti lela di mataku
Nadai....nadai daya
Keni ka bekira
Ati aku anchur
Pecah baka kaca
ohhhhh

Verse 2
Naka meh tu aku mai diri
Badu ingat ke nuan agi
Anggap meh semua tu mimpi aja
Aku udah dani nujah dunya nyata

Majestica - Tua Selama Ya




Peda ke dalam mataku
Tilik ke dalam atiku
Bisi ke enda nuan meda
Kuta pengerindu tua suba
Agi bediri teguh
Taja dinding enda runtuh
Agi mengkang nama tua
Taja nuan lama enda didinga rita

Chorus

Betaun belalu ku meruan ditu
Ngenggam tali semaya enda kala berubah
Pulai meh ngagai ku
Datai dalam mimpiku
Udah cukup kediri ku enda sanggup agi
Terebai pulai sulu tua muka lambar baru
Saritu enggau pagila
Tua selama ya
Pucat malam ti petang
Bulan bintang nadai ayan
 Ku pasang sayap pengerindu
Terebai nyidik angin lalu..


Jumaat, 18 Oktober 2013

Tips berbelanja barangan runcit


Seperti yang kita sedia maklum, bukan sahaja petrol dan rokok telah naik harga, malah kos barangan runcit juga semakin menjerat leher. Salahkan ia pada harga minyak, hasil tanaman tidak menjadi, pemanasan global yang serius atau inflasi.

Sekumpulan Penjenayah Kepung, Larikan Van Rokok Di Ipoh

IPOH: Sekumpulan penjenayah yang menaiki kereta jenis Toyota Alphard dan Proton Perdana bertindak mengepung sebuah van yang membawa rokok sebelum melarikan van berkenaan bersama seorang pekerja dalam kejadian di Pekan Razaki, di sini kira-kira jam 11.30 pagi tadi

Khamis, 17 Oktober 2013

Najwa bina nama di Kota New York

Baru sahaja selesai membuat persembahan di Wynn Resorts, Las vegas, Najwa Mahiaddin yang kini menetap di kota New York mula mengorak langkah dalam bab baru kehidupannya.

Presiden Seniman mahu kontrak MIG dimansuh??

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi mempersoal syarat yang dilihat tidak masuk akal oleh MIG Production

Jamie Foxx nafi bercinta dengan Katie Holmes

  Jamie Foxx tampil memberi penjelasan bahawa dia tidak mempunyai sebarang hubungan romantik dengan bekas isteri Tom Cruise, Katie Holmes.

Rabu, 16 Oktober 2013

Ramli Sarip,Rosyam Nor dan Ong Kim Swee terima gelaran Datuk..Tahniah

Gelaran Datuk yang dianugerahkan kepada dua penggiat seni tanah air iaitu Rosyam Nor dan Ramli Sarip nyata menyemarakkan lagi semangat mereka untuk memaju dan memartabatkan industri hiburan negara ke arah masa depan yang lebih baik.

Keputusan kalimah Allah diragui dan gugat kedudukan Najib, kata bekas hakim

Keputusan kes kalimah Allah oleh Mahkamah Rayuan diragui dan didakwa  tidak peka kepada keadaan semasa, kata peguam dan bekas hakim

Selasa, 15 Oktober 2013

'Kalimah Allah'


Aku bangga diam di Sarawak tok.Tiada provokasi agama,kaum,adat,etc.Bukan senang nak tengok berbagai bangsa dan kaum duduk serumpun seperti di sini..

Shila Amzah pukau peminat di showcase

ohworlduniaku
Penyanyi jelita Shila Amzah baru-baru ini telah mengadakan showcase yang bertempat di Penthouse@ The Icon telah membuatkan ramai hadirin terpaku dengan persembahannya yang memukau.

Kristian Sarawak tetap guna kalimah Allah dalam Injil, penerbitan gereja


Penganut Kristian Sarawak tetap dengan pendirian untuk menggunakan kalimah Allah

Isnin, 14 Oktober 2013

Wawa Zainal berstatus tunangan orang semasa kahwin


Nampaknya kontroversi yang mengekori pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bagaikan tak berpenghujung. Ketika peminat dunia hiburan masih lagi cuba memahami situasi pernikahan mereka, tiba-tiba muncul pula seorang individu mendakwa dia merupakan bekas tunangan Wawa.

Wawa Zainal tak perlu rasa takut-David Teo

Penerbit filem terkenal, Mejar (K) David Teo membalas kenyataan yang dilemparkan aktres jelita Wawa Zainal dengan mengatakan Wawa tidak perlu takut kepadanya dan sepatutnya pelakon itu haruslah takut kepada Tuhan sahaja.

Raja Azmi dan Eddie selamat bernikah



Pengarah dan penerbit kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman melalui detik terindah dalam hidupnya semalam apabila sah menjadi isteri kepada gitaris kumpulan rock 1990-an CRK iaitu Mohd Eddie Ghazali dengan sekali lafaz.

Yuna dikecam peminat di Facebook?

STATUS sebagai seorang artis sememangnya berat. Tanggungjawab yang dipikul seorang insan bergelar selebriti tidak boleh dianggap mudah -- hampir segala perbuatan, percakapan mahu pun pergerakan mereka menjadi topik perbualan peminat.

Terbaru, penyanyi Yuna atau nama penuhnya Yunalis Zarai telah mendapat kritikan hebat dari peminatnya selepas dia memuat naik sekeping gambarnya bersama seorang penyanyi rap kelahiran Trinidad, Theophilius London di laman Facebook peribadinya Khamis lalu.

Imej berkenaan menunjukkan London memeluk bahu penyanyi berkenaan di satu majlis, namun tidak dinyatakan di mana ia diadakan.

Imej berkenaan telah menimbulkan pelbagai reaksi dari peminat penyanyi berusia 26 tahun itu. Kebanyakkan dari komen yang diberikan seolah-olah tidak berpuas hati kerana Yuna telah dipeluk London yang “bukan muhrimnya.” 

Komen Nur Hazlinda Burhan berbunyi, “hilang respect pada Yuna sebagai wanita islam yg bertudung…”

“Hanya skadar teguran dr hamba yg lemah... Kak yuna..sy respect akak..sbb akak bayk sumbang name malaysia d mate dunia. Tp sy harap akak jugak bole bangge kan name islam walaupun dimana kita berada. Bak kata pepatah"bagai benih dicampak ke laut menjadi pulau"

Jgn kite tuding orang yg melakukan perkara yg salah ye leja tapi tuding orang yg melakukan kebaikan... Teguran untuk anda semua juga untuk diri yg daif ini. Wallahu 'alam,” kata Afzal Sainul Affath. 

Komen Biebie Arereypha berbunyi: “Opps ... Yuna kenapa benarkan dipeluk oleh lelaki itu?ermm..jatuh maruah org islam yg btudung..
Meme Lina pula sekeras-kerasnya menyuarakan protes dengan komen yang berbunyi, “apa nie Yuna. Haram sentuhan dengan llaki bukan mahram kita. Napa nie Yuna?” 

“Rezeki yg dicari melalui nyanyian tu hilang keberkatannya bila dah brcampur dosa ... nikmat Tuhan nk tarik tu kejap je..kalau tk kena tarik nikmat yg tuhan beri jadi skrin play la gamba tu kat padang masyar renung2 kan,” kata Jak Yori.

Apa yang memeranjatkan apabila ada peminat yang memberikan komen berbau perkauman. 
Ahmad Azman Faqir berkata,“this Negro should respect yuna, who wearing hijab. And yuna should know that she still Malaysia artis and not American artis. Everyone will judge her about small mistake. But who are we wanna judge her right.

Antara komen yang diterima, ada peminat tegar Yuna yang turut memberikan sokongan dengan menegur komen negatif yang ditulis di laman Facebook penyanyi itu. 

“Teguran secara makian adalah sangat betul dan tak mendatangkan dosa, malah mendapat pahala dgn melimpah ruah..dan harus lagi wajib membela mereka2 ini dari membela Yuna,” kata Ariza “Ieja” Mohamed Saleh.

Luis Camela dalam komennya berkata, “Y'all are fake Muslim pretending and covering your sin with the Holy Hijab, Do you know how many of your girls sleep around with while they have their Hijab on, Yuna I love your Music and I buy every of your Album on iTunes. Your country people lack exposure to the world. If they could travel out of their caged country and see how the world is then they will realize the world is against racism, I can't blame y'all cause you haven't love your fellow chinese and India how can you love another color then. Yuna is the only singer who is representing your country in the world of music so appreciate her.”

Penyanyi yang sekarang menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat itu baru saja selesai menjayakan sebuah persembahan bertaraf antarabangsa bersama kumpulan National Symphony Orchestra di Istana Budaya pada bulan lalu. 

Selesai saja persembahan itu, pelantun lagu "Terukir Di Bintang" itu banyak menjelajah ke sekitar benua termasuk Australia bagi memenuhi komitmen nyanyian. 

Yuna terus melakar nama  di persada antarabangsa selepas mendapat jemputan membuat persembahan di Anugerah Pelarian Nansen Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Geneva, Switzerland awal bulan ini.

Aeril Zafrel & Wawa Zainal akui nikah dua kali

Aktres jelita Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin mengakui terpaksa merahsiakan pernikahannya dengan aktor Aeril Zafrel daripada pengetahuan ramai kerana bimbang

Jumaat, 11 Oktober 2013

KRU Studios rancang terbit filem "Black Hawk Down" versi Malaysia

KRU Studios merancang mahu menerbitkan filem "Black Hawk Down" versi Malaysia yang akan mengangkat dari sudut pandang tentera Malaysia yang terlibat dalam pertempuran yang berlaku 20 tahun lalu di Mogadishu, Somalia itu.
"Kita dalam usaha untuk mencari beberapa cerita yang berkaitan dengan patriotism tapi tak disampaikan dalam bentuk melo drama atau biografi. Untuk menimbulkan rasa keterujaan pada penonton tu jadi kita buat dalam bentuk aksi," Ujar Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim kepada Malaysian Digest.
Namun, Norman menegaskan hasrat pihaknya mahu menghasilkan filem itu bukan berniat untuk menyinggung tentera Amerika Syarikat atau mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa pertempuran itu.
"Saya rasa tak ada salahnya dan tak rasa pihak Amerika akan tersinggung kerana mereka juga telah membuat filem versi mereka. Kita pula akan menghasilkan filem tersebut dari kaca mata tentera Malaysia terutama yang menyertai pertempuran itu.
"Sebab kalau kita tengok filem versi Amerika, pastinya mereka menggambarkan wira-wira mereka sebagai pejuang sebenar. Kita bukan anti Amerika tapi kita nak menginterpretasikan peristiwa tersebut dalam bentuk pemahaman kita sekaligus menggambarkan wira-wira kita juga telah menyelamatkan Amerika."
Menurut Norman, filem tersebut masih lagi dalam peringkat perancangan dan penyelidikan, tetapi berkata skrip filem tersebut berkemungkinan akan mula dihasilkan pada hujung tahun ini.
Tambahnya lagi, pihaknya juga akan menghasilkan satu dokumentari khas mengenai filem itu terlebih dahulu sebelum filemnya memulakan penggambaran skitar tahun hadapan.
Bagaimanapun, Norman enggan mendedahkan siapakah yang bakal mengarah atau pelakon utama yang bakal membintangi filem itu kerana masih terlalu awal.
"Buat masa ini kita belum putuskan lagi siapa pelakon-pelakonnya. Malah kemungkinan bukan Yusry yang akan mengarahkan filem. Mungkin kita akan mendapatkan pengarah bukan orang Malaysia. Filem ini juga akan dipasarkan di peringkat antarabangsa."
Filem "Black Hawk Dawn" yang diarahkan oleh Ridley Scott diterbitkan pada 2001 di mana ia diangkat daripada sebuah buku tulisan Mark Bowden. Walaupun menerima beberapa anugerah, namun filem tersebut mendapat kritikan kerana beberapa fakta yang salah. Contohnya, tidak memaparkan sumbangan tentera antarabangsa yang berkhidmat di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu termasuk tentera Malaysia daripada Batalion ke-19 Askar Melayu Diraja.
Dalam operasi menyelamatkan tentera Amerika yang terperangkap di Pasar Baraaka, Korporal Mat Aznan Awang terbunuh selepas kereta perisai yang dipandunya ditembak dengan grenad pelancar roket, manakala sembilan tentera Malaysia turut tercedera.

Fauzi Nawawi dituduh curang?

 Pelakon popular Fauzi Nawawi kesal dengan kontroversi yang timbul kononnya dia berlaku curang dengan isterinya, Lisdawati dengan seorang pelakon yang juga bekas peserta Akademi Fantasia 5 iaitu Noni.
"Sudah-sudahlah nak kaitkan saya dengan wanita lain. Pada usia mencecah 40 tahun, saya rasa malu pula apabila digosipkan mempunyai skandal.
"Rasa macam tak logic saya dikaitkan dengan Noni kerana saya hanya pernah bekerjasama menerusi drama "Aiman Tempe", "Jentera Jenteng Pilihan Raya" dan "Kiambang" sahaja dengannya.
"Dia juga turut terlibat menjayakan promosi produk Aqua Terapi yang diusahakan oleh syarikat saya dan isteri iaitu Perfect Illusion Corporation Sdn Bhd," katanya kepada mStar.
Pada masa sama, Fauzi turut memberi amaran bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya kontroversi tersebut boleh menjejaskan karier dan perniagaannya.
"Saya nak ingatkan, kalau nak buat cerita seperti ini selidik betul-betul. Jangan sampai saya ambil tindakan pula nanti.
"Mungkin isteri saya sudah faham dengan situasi seperti ini dan dia tidak hairan pun dengan perkara tersebut. Lebih-lebih lagi Lisda sering bersama saya dan Noni apabila membuat promosi produk."
Sementara itu, Fauzi berharap selepas ini tiada lagi gosip dirinya berskandal dengan wanita lain diberitakan.
"Anak-anak saya pun sudah besar, rasa kurang manis apabila berita ini keluar. Apatah lagi saya dan Lisda merancang untuk menambah anak pada tahun hadapan."

Namron sokong Sharifah Amani

Pengarah dan pelakon terkenal Namron memuji tindakan berani pelakon Sharifah Amani yang meluahkan ketidakpuasan hati kepada Lembaga Penapisan Filem (LPF) selepas Filem "Psiko Pencuri Hati" diklasifikasi PG18 kerana mengandungi babak ngeri.
Menurut Namron tindakan memberi klasifikasi '18' (untuk tontonan 18 tahun ke atas) menyebabkan sesuatu filem itu akan kekurangan penonton dan sekaligus melihatkan filemnya "Psiko Pencuri Hati" hanya mampu mengutip RM110 ribu sahaja.
"Sebahagian besar penonton terdiri daripada remaja berbanding orang dewasa apatah lagi berkeluarga.
"Dan hampir kesemua penerbit mahu mendapatkan klasifikasi U (umum) kerana itu memastikan mereka tidak rugi malah mungkin menguntungkan," Katanya kepada Berita Harian.
Tambahnya, beliau melihat apa yang dilakukan Sharifah itu lebih kepada pandangan membina dan sekadar memberi pandangan ikhlas agar LPF dapat membuat sesuatu tentang hal ini.
"Tidak hanya Psiko Pencuri Hati tetapi beberapa filem lain turut jadi mangsa ketidakjelasan LPF dan isu ini bukan baru, malah banyak kes mencabar kredibiliti LPF seperti "The New Village". "Tanda Putera" dan "Lemak Kampung Santan."
Sebelum ini, berlakunya perang mulut antara Sharifah Amani dengan Syamsul Yusof di Twitter apabila Sharifah meluahkan perasan marah kerana filem lakonannya "Psiko Pencuri Hati" diklasifikasikan PG18 selepas didakwa mempunyai babak ngeri, tetapi filem "KL Gangster 2" arahan Syamsul yang membabitkan babak dadah, pergaduhan, rogol dan mencarut diklasifikasikan PG13.

Demi Lovato teruja bawa watak lesbian

-Penyanyi yang popular dengan lagu "Heart Attack" Demi Lovato dilaporkan teruja apabila diberikan watak lesbian dalam drama muzikal "Glee" terbaru.
Menurut laporan DailyMail, bekas bintang Disney itu bakal membawa watak songsang itu bergandingan dengan pelakon Naya Rivera.
"Saya seronok apabila ditawarkan untuk membawa watak lesbian ini kerana jika 15 tahun dulu, amat sukar untuk masyarakat menerima watak sebegini dan apabila ditayang pastinya akan diharamkan." Katanya.
"Kini masyarakat lebih terbuka dan saya berasa bangga memegang watak ini dan dengan itu saya dapat mewakili mereka di luar sana dan situasi sekarang pun normal bercinta dengan pasangan sejenis."
Setiap musim "Glee" pastinya akan menjemput selebriti terkenal untuk tampil dalam drama itu dan episod terbaru drama ini yang sudah memasuki musim kelima telah pun disiarkan di saluran Fox sejak 26 September lalu.
Dalam perkembangan lain, penyanyi berusia 21 tahun itu juga yang kini menjadi juri "X Factor USA" bersama Simon Cowell, Kelly Rowland dan Paulina Rubio serta bakal mengadakan konsert "2vLive" di Los Angeles pada 28 Oktober ini.

Keluarga Michael Jackson gagal saman penganjur

Tuntutan saman keluarga Michael Jackson terhadap penganjur konsert Raja Pop gagal apabila juri mahkamah menolak saman tersebut ekoran kematian penyanyi itu pada 2009.
Menurut laporan dari Agensi , perbicaraan yang berjalan selama lima bulan telah menyaksikan panel 12 juri sebulat suara bersetuju defendan AEG Live mengupah Dr Conrad Murray untuk mengawasi MJ tetapi dakwaan dia tidak sesuai atau tidak berkemampuan melaksanakan tugas itu dinafikan.
Panel juri yang bersidang selama tiga hari di Los Angeles selepas perbicaraan ditamatkan dengan keluarga Michael mendakwa AEG Live cuai kerana mengupah Murray.
Dalam pada itu, peguam defendan, Marvin Putnam nyata gembira dan menyambut baik keputusan mahkamah.
"Keputusan juri membebaskan sepenuhnya AEG Live dan mengesahkan keyakinan kami sejak awal bahawa kematian tragik Michael bukan disebabkan oleh syarikat ini."

Isu K-Pop:Anwar gesa SPRM siasat Shabery

Pihak berkuasa perlu menyiasat bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berhubung bil kementerian berjumlah RM67.6Juta untuk sambutan Hari Belia pada tahun 2012,kata ketua PKR Datuk Anwar Ibrahim.


    Menurut, ketua Audit Negara Kementerian itu membelanjakan lebih empat kali ganda berbanding peruntukan yg diberikan untuk acara itu termasuk RM1.6Juta untuk menjemput artis Kpop membuat persembahan pada acara itu.Anwar berkata perkara itu amat memeranjatkan kerana telah menyalah gunakan kuasa dan dana awam.
   Sehubungan itu SPRM digesa untuk menyiasat pemimpin itu.Ketua pembangkang berkata ia merupakan satu keputusan politik dan pemimpin politik perlu b'tanggunjwb dgn tindakan pembaziran dana awam dan tdk seharusnya menyalahkan kakitangan awam shja.

Saya mengesa SPRM utk menyiasat 'Jerung' besar dan bukan hanya setakat 'Ikan Bilis' kecil ujar Anwar..