Setelah hampir 8tahun bertugas sebagai penyampai radio Mohd. Faizal Ismail atau FBI akhirnya mengucapkan selamat tinggal
kepada rakan-rakan dan juga pendengar setia Hot Fm.FBI telah menamatkan perkhidmatannya di stesen radio no.1 negara Hot Fm pada jumaat.Konti Hot Fm banjir apabila rakan-rakan seperjuangan datang seawal jam 9 pagi untuk mengucapkan selamat tinggal kepada penyampai radio terkenal itu.FBI telah menyatakan hasrat perletakkan jawatan menerusi akaun Twitternya sendiri.Perletakan jawatan itu adalah kerana beliau mempunyai perancangan untuk menjalankan perniagaan syarikatnya sendiri iaitu 'FBI Entertainment Sdn Bhd yang kini berusia 2bulan.Beroperasi di Kota Damansara Selangor,syarikat FBI merupakan sebuah syarikat pengurusan majlis produksi Tv yang dikendalikannya sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan