APABILA Rozita Che Wan, 40, dilaporkan sedang hangat bercinta dengan jejaka berusia 29 tahun, sebenarnya ramai juga yang agak terkejut. Ini kerana, Rozita atau turut dikenali dengan panggilan Cik Ta ini jarang dihinggap gosip berpasangan dengan mana-mana jejaka.
Apatah lagi apabila jejaka yang mempunyai jarak usia 10 tahun itu adalah Zain Saidin, pelakon yang namanya kini sedang meningkat naik melalui sitkom 'Oh My English!' yang ditayangkan di Astro TVIQ.
Walaupun sibuk dengan karier masing-masing, Zain dan Cik Ta berkesempatana untuk mengadakan majlis merisik dalam satu acara tertutup yang telah berlangsung di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur.
Majlis merisik itu dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Cik Ta yang pernah menjayakan drama, 'Manjalara', 'Sesuci Cinta Sofia,' 'Jelatang' dan 'Susuk 2' ini telah menerima sebentuk cincin berlian dan sirih junjung dari Zain.
Diam tak diam, percintaan mereka bakal berakhir dengan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung Disember ini.
Menurut sumber, majlis pernikahan mereka akan berlangsung sebelum sambutan Hari Krismas. Namun, tiada tarikh sebenar dapat dikenal pasti.
Sumber itu turut mendedahkan Cik Ta bakal mendapatkan khidmat ‘makeup artist’ Najeeb Azami untuk hari pernikahannya itu.
Perkahwinan dengan Zain merupakan kali kedua buat Cik Ta. Pelakon itu pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang juruterbang MAS pada tahun 2003. Hasil perkahwinan itu, pelakon kelahiran Kedah ini telah dikurniakan dua orang putera, Ammar Effendi dan Aniq Ezzra.
Dalam perkembangan lain, Cik Ta sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya.
Terbaru, ada desas-desus mengatakan pasangan ini bakal terbang ke kota London. Khabarnya, tujuan mereka ke sana adalah untuk membeli-belah barang-barang bagi majlis perkahwinan mereka.
Belum lagi majlis berlangsung timbul khabar angin yang pasangan ini akan ke kota Bali. Mungkin ini adalah destinasi bulan madu mereka, tiada siapa yang tahu.
Khamis, 10 Oktober 2013
'Vikingdom' kutip RM1.8 Juta
Penerbit dan pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim nyata berpuas hati biarpun kutipan filem "Vikingdom: The Blood Eclipse" tidak mendapat kutipan tinggi sepanjang tayangannya di Malaysia.
Menurut Yusry, 40, jumlah itu sudah agak baik dan bepatutan memandangkan pasaran filem Malaysia tempatan menunjukkan penurunan dari segi jualan tiket.
"Pada saya, jumlah RM 1.8 juta diraih itu boleh dianggap baik untuk pasaran filem di Malaysia. Ia satu jumlah yang tak dijangkakan pun.
"Bagaimanapun, kalau hendak berkongsi mengenai sambutan dan penerimaan filem "Vikingdom" ini di pasaran luar negara seperti Amerika Syarikat, ia masih terlalu awal kerana tayangan pun bermula pada 4 Oktober lalu dan penayangan di luar negara tidak berlaku serentak tetapi secara beperingkat," Katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, filem terbitan KRU Studios ini sudah pun berjaya mengutip RM10 juta hasil penjualan hak pengedaran filem itu di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Sweden, Denmark, Brazil dan banyak lagi.
Filem ini yang menelan kos sebanyak RM20 juta, telah dihasilkan sepenuhnya di Malaysia serta menggunakan khidmat kepakaran tenaga produksi tempatan walaupun membariskan pelakon antarabangsa seperti Dominic Purcell, Conan Stevens dan Natassia Malthe.
Yusof Haslam tegur Sharifah Amani
Penerbit dan pengarah terkenal tanah air Datuk Yusof Haslam menasihati agar pelakon Sharifah Amani tidak membuat sebarang tuduhan melulu tanpa usul periksa terlebih dahulu.
Yusof Haslam berkata demikian ketika mengulas mengenai perang Twitter yang berlaku antara anaknya Syamsul Yusof dan Sharifah Amani yang tidak berpuas hati apabila filem lakonannya dalam filem "Psiko Pencuri Hati" diklasifikasikan PG18 kerana didakwa mempunyai babak ngeri, tetapi filem "KL Gangster 2" arahan Syamsul yang memaparkan babak membabitkan dadah, pergaduhan, rogol dan mencarut diklasifikasikan PG13.
"Sebagai orang baru, mungkin dia salah faham dengan apa yang berlaku. Dia sepatutnya periksa dulu dan elakkan dari membuat tuduhan melulu.
"Nasihat saya agar dia mengikut saluran yang betul seperti dilakukan semua penerbit besar apabila berhadapan dengan masalah serupa. LPF (Lembaga Penapisan Filem) membuka ruang kepada semua penerbit untuk melakukan rayuan dan mereka akan mempertimbangkan sekiranya ia berasas," Katanya kepada Berita Harian.
Tambah penerbit "KL Gangster 2" ini, filem terbitannya pada mulanya diklasifikasi PG18, namun selepas insiden kebocoran filem arahan anaknya itu barulah beliau membuat rayuan memandangkan kerugian besar yang bakal ditanggungnya.
Dalam pada itu, Sharifah berkata, apa yang ditulisnya di laman sosial Twitter miliknya itu bukanlah ditujukan kepada Syamsul.
Syamsul Yusuf dan Sharifah Amani berperang 'Twitter'
Kita baru sahaja dikhabarkan dengan berita gembira mengenai sambutan terhadap filem terbaru arahanSyamsul Yusof, KL Gangster 2 dimana filem itu sudah berjaya mengutip lebih RM3 juta dalam masa lima hari tayangan walaupun berdepan pelbagai masalah sebelum disiarkan. Tiba-tiba ia dihangatkan dengan kenyataan oleh seorang pelakon wanita yang seperti terasa hati dan menganggap industri perfileman tempatan berat sebelah.
Kenapa? Kerana filem KL Gangster 2 yang sarat dengan aksi ganas dan bermacam lagi hanya diklasifikasikan 13PL sedangkan ada filem lain yang ada darah sikit pun sudah diklasifikasikan 18PL. Pelakon berkenaan adalah Sharifah Amani yang meluahkan ketidakpuasan hatinya itu menerusi laman Twitter. Bagi beliau, itu menunjukkan seolah-olah ada layanan tidak sama rata yang diterima di dalam industri.
Filem yang dibintangi Aaron Aziz, Zizan Razak dan Syamsul ini turut memuatkan babak-babak seperti pergaduhan menggunakan senjata termasuk parang dan pistol serta menterbalik dan merosakkan kereta peronda polis.
Sharifah Amani atau mesra dipanggil Nani, meluahkan rasa tidak puas hatinya menerusi beberapa tweet di laman mikro peribadinya tanpa mengaitkan dengan nama individu tertentu.
Bagaimanapun, hashtag (#) LuMemangTailongBesar serta beberapa petikan dialog dalam KL Gengster 2 yang ditweet Nani dikatakan telah mengundang rasa marah Syamsul.
Antara tweet yang telah dimuatnaik oleh Nani adalah " Orang lain nak jawab balik kat polis konpom (mesti ) tak lepas. Lu kasi pukul, terbalikkan kereta siap panjat kasi maki semua" dan "it's not what you know, it's about who you know (ini bukan mengenai apa yang kamu tahu tetapi siapa yang kamu kenal) dikatakan ditujukan khas kepada anak sulung pengarah filem terkemuka itu.
Syamsul kemudiannya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tweet Nani dan melakukan serangan balas di laman twitternya selain turut mengaitkan nama ibu pelakon wanita itu, Fatimah Abu Bakar.
Perang twitter ini telah mengundang pelbagai reaksi pengunjung laman mikro tersebut yang mana ada yang bersetuju dengan dakwaan Nani yang mengatakan memang wujud sikap pilih kasih di dalam industri seni tanah air.
Malah terdapat juga pengunjung twitter mengambil peluang melakukan serangan peribadi terhadap Syamsul dengan menggelarkannya 'gengster manja' kerana telah melibatkan ibu Nani dalam hal ini.
TWITTER boleh buat orang berbalah-Rosyam Nor
PETALING JAYA: Penerbit filem dan pelakon Rosyam Nor menyifatkan kegilaan terhadap penggunaan laman sosial seperti Twitter boleh menjadi satu perdebatan jika pengguna memuat naik mesej-mesej yang boleh menimbulkan kemarahan.
Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 46, berkata, penggunaan laman sosial berkenaan sepatutnya digunakan ke arah yang lebih positif jika tidak, ia boleh merosakkan pemikiran manusia tanpa sedar.
"Sekarang ini orang ramai guna Twitter untuk luah perasaan dan ia menjadi satu perkara yang normal.
"Secara tidak sedar, ada yang mengaibkan diri sendiri, ada yang meluahkan rasa tidak puas hati antara satu sama lain sehingga ia menimbulkan pergaduhan," katanya yang ditemui pada sidang media Festival Drama Kuala Lumpur (DFKL) anjuran TV3 di Terrace, pusat beli belah Bangsar (BSC) di sini pada Rabu.
Sementara itu, Rosyam juga gembira apabila watak Tailong dalam filem KL Gangster 2lakonannya benar-benar memikat hati penonton sehingga membuatkan peminatnya lupa dengan watak lama dia dalam filem Castello.
"Saya gembira Tailong benar-benar memberi kesan yang sangat mendalam buat penonton. Selepas ini filem Balistik pula bakal muncul.
"Harap-harap lakonan saya dalam filem tersebut juga memberi kesan buat penonton," tuturnya.
Rossa enggan dedah siapa kekasih
Penyanyi terkenal Indonesia, Rossa mengakui kini sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka, bagaimanapun Rossa enggan mendedahkan identiti buah hatinya itu, sebaliknya hanya menyatakan nama lelaki itu sebagai Raja.
Menurut penyanyi berstatus janda anak satu ini, dia hanya akan mendedahkan identiti kekasihnya itu jika bakal naik pelamin.
"Saya tidak mahu mendedahkan lagi siapakah kekasih saya. Jika betul-betul mahu berkahwin baru saya akan dedahkan identitinya," Ujarnya kepada Kapanlagi.
Tambah pelantun "Tegar" itu lagi, dia masih belum tahu atau merancang bilakah dirinya akan berkahwin lagi.
"Saya serahkan soal jodoh ini kepada Allah S.W.T."
Dalam pada itu, Rossa yang bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-35 turut memberitahu bahawa hubungan Raja dan anaknya, Rizky Langit Ramadan semakin rapat.
Sebelum ini Rossa pernah berkahwin dengan anggota kumpulan Padi iaitu Yoyo pada 18 Mac 2004, dan kemudiannya telah dikurniakan seorang cahaya mata. Tetapi hubungan yang terbina tidak bertahan lama apabila pasangan ini telah bercerai pada 14 Julai 2009.
Nabila Huda enggan fikir soal cinta lagi..??
![]() |
ohworlduniaku |
Pelakon popular, Nabila Huda menyatakan kini dia enggan memikirkan soal cinta kerana bosan apabila sering terpalit dengan kontroversi percintaannya yang selalu tidak bertahan lama.
"Sudah-sudahlah dengan kisah cinta. Saya sudah bosan asyik dikaitkan dengan cerita sedemikian dan selesa menjalani kehidupan solo di mana saya rasa lebih bebas dan tidak terseksa," Ujarnya kepada Harian Metro.
Jelas pemenang anugerah Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012), dia tidak mahu lagi membuang masa mengenang kisah lalu dan mahu fokus terhadap kariernya lakonannya.
"Saya tidak mahu lagi membuang masa untuk perkara yang tidak membawa kebaikan kepada karier saya dan sekarang ini mahu bekerja keras dalam lokanan sahaja."
Tambah pelakon berstatus janda anak satu ini lagi, dia lebih gembira jika berada di set penggambaran berbanding duduk di rumah tidak membuat apa-apa.
"Entah kenapa tapi saya rasa sangat puas dan tidak kisah pun berada di lokasi penggambaran sepanjang hari kebelakangan ini. Kalau duduk di rumah, rasa macam tak keruan sebab tak tahu apa nak buat.
"Sebab itulah, saya tidak kisah sibuk berlakon dan jadual saya penuh sampai Januari depan. Hampir 90 peratus masa saya dihabiskan di set."
Kris dan Bruce Jenner telah berpisah
Ibu kepada bintang realiti televisyen Kim Kardashian iaitu Kris Jenner menamatkan desas-desus sebelum ini yang mengatakan hubunganya dengan suaminya bermasalah apabila mengumumkan perpisahannya dengan Bruce Jenner.
Menurut sumber E! News, pasangan Kris dan Bruce dilaporkan tidak dapat lagi menyelamatkan hubungan mereka selepas 22 tahun hidup sebagai pasangan suami isteri, malah kedua-dua mereka dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung kerana tidak bersefahaman lagi.
"Kami tinggal berasingan dan kami gembira dengan cara ini namun kami tetap saling mencintai dan hormat menghormati. Walaupun hubungan kami sudah berakhir, kami kekal sahabat baik seperti selalu dan keluarga kami tetap keutamaan nombor satu kami."
Keluarga Kardashian adalah sebuah nama besar dalam dunia Hollywood yang mana mereka mempunyai mempunyai program realiti "Keepeing Up With The Kardashian" yang memaparkan kehidupan glamor mereka.
Hasil perkahwinan, pasangan ini telah dikurniakan dua anak perempuan Kendall dan Kylie manakala Kris turut mempunyai empat lagi anak antaranya Kim, Khloe, Kourtney dan Rob sebelum berkahwin dengan Bruce.
Scarlett Johansson 'Wanita Terseksi Dunia' kali ke-2
![]() |
ohworlduniaku |
Pelakon dan penyanyi jelita, Scarlett Johansson telah mendapat gelaran 'Wanita Terseksi Dunia' oleh majalah Esquire.
Dipetik dari Dailymail, gelaran tersebut bukanlah pertama kali diterima Johansson kerana pada tahun 2006 iaitu tujuh tahun lalu, bintang "The Avengers" turut mendapat gelaran 'Wanita Terseksi Dunia' dari majalah yang sama.
Aktres berusia 28 tahun itu bakal menghiasi muka depan majalah Esquire untuk edisi akan datang.
Dengan pengiktirafan sekaligus menjadikan Johansson adalah wanita pertama mendapat gelaran 'Wanita Terseksi Dunia' sebanyak dua kali.
Sementara itu, baru-baru ini Johansson telah bertunang dengan bekas wartawan dari Perancis, Romain Dauriac selepas bercerai dengan bekas suaminya Rey Reynolds pada tahun 2010.
Langgan:
Catatan (Atom)