Khamis, 10 Oktober 2013

Syamsul Yusuf dan Sharifah Amani berperang 'Twitter'

Kita baru sahaja dikhabarkan dengan berita gembira mengenai sambutan terhadap filem terbaru arahanSyamsul YusofKL Gangster 2 dimana filem itu sudah berjaya mengutip lebih RM3 juta dalam masa lima hari tayangan walaupun berdepan pelbagai masalah sebelum disiarkan. Tiba-tiba ia dihangatkan dengan kenyataan oleh seorang pelakon wanita yang seperti terasa hati dan menganggap industri perfileman tempatan berat sebelah.
Kenapa? Kerana filem KL Gangster 2 yang sarat dengan aksi ganas dan bermacam lagi hanya diklasifikasikan 13PL sedangkan ada filem lain yang ada darah sikit pun sudah diklasifikasikan 18PL. Pelakon berkenaan adalah Sharifah Amani yang meluahkan ketidakpuasan hatinya itu menerusi laman Twitter. Bagi beliau, itu menunjukkan seolah-olah ada layanan tidak sama rata yang diterima di dalam industri.


Filem yang dibintangi Aaron Aziz, Zizan Razak dan Syamsul ini turut memuatkan babak-babak seperti pergaduhan menggunakan senjata termasuk parang dan pistol serta menterbalik dan merosakkan kereta peronda polis.
Sharifah Amani atau mesra dipanggil Nani,  meluahkan rasa tidak puas hatinya menerusi beberapa tweet di laman mikro peribadinya tanpa mengaitkan dengan nama individu tertentu.
Bagaimanapun, hashtag (#) LuMemangTailongBesar serta beberapa petikan dialog dalam KL Gengster 2 yang ditweet Nani dikatakan telah mengundang rasa marah Syamsul.

Antara tweet yang telah dimuatnaik oleh Nani adalah " Orang lain nak jawab balik kat polis konpom (mesti ) tak lepas. Lu kasi pukul, terbalikkan kereta siap panjat kasi maki semua" dan "it's not what you know, it's about who you know (ini bukan mengenai apa yang kamu tahu tetapi siapa yang kamu kenal) dikatakan ditujukan khas kepada anak sulung pengarah filem terkemuka itu.
Syamsul kemudiannya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tweet Nani dan melakukan serangan balas di laman twitternya selain turut mengaitkan nama ibu pelakon wanita itu, Fatimah Abu Bakar.
Perang twitter ini telah mengundang pelbagai reaksi pengunjung laman mikro tersebut yang mana ada yang bersetuju dengan dakwaan Nani yang mengatakan memang wujud sikap pilih kasih di dalam industri seni tanah air.
Malah terdapat juga pengunjung twitter mengambil peluang melakukan serangan peribadi terhadap Syamsul dengan menggelarkannya 'gengster manja' kerana telah melibatkan ibu Nani dalam hal ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan