Khamis, 10 Oktober 2013

Rozita Che Wan dan Zain Saidin bakal ke London???

APABILA Rozita Che Wan, 40, dilaporkan sedang hangat bercinta dengan jejaka berusia 29 tahun, sebenarnya ramai juga yang agak terkejut. Ini kerana, Rozita atau turut dikenali dengan panggilan Cik Ta ini jarang dihinggap gosip berpasangan dengan mana-mana jejaka. 

Apatah lagi apabila jejaka yang mempunyai jarak usia 10 tahun itu adalah Zain Saidin, pelakon yang namanya kini sedang meningkat naik melalui sitkom 'Oh My English!' yang ditayangkan di Astro TVIQ.

Walaupun sibuk dengan karier masing-masing, Zain dan Cik Ta berkesempatana untuk mengadakan majlis merisik dalam satu acara tertutup yang telah berlangsung di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur.  

Majlis merisik itu dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Cik Ta yang pernah menjayakan drama, 'Manjalara', 'Sesuci Cinta Sofia,' 'Jelatang' dan 'Susuk 2' ini telah menerima sebentuk cincin berlian dan sirih junjung dari Zain.
Diam tak diam, percintaan mereka bakal berakhir dengan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung Disember ini.  

Menurut sumber, majlis pernikahan mereka akan berlangsung sebelum sambutan Hari Krismas. Namun, tiada tarikh sebenar dapat dikenal pasti.

Sumber itu turut mendedahkan Cik Ta bakal mendapatkan khidmat ‘makeup artist’ Najeeb Azami untuk hari pernikahannya itu. 

Perkahwinan dengan Zain merupakan kali kedua buat Cik Ta. Pelakon itu pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang juruterbang MAS pada tahun 2003. Hasil perkahwinan itu, pelakon kelahiran Kedah ini telah dikurniakan dua orang putera, Ammar Effendi dan Aniq Ezzra. 

Dalam perkembangan lain, Cik Ta sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya. 

Terbaru, ada desas-desus mengatakan pasangan ini bakal terbang ke kota London. Khabarnya, tujuan mereka ke sana adalah untuk membeli-belah barang-barang bagi majlis perkahwinan mereka. 

Belum lagi majlis berlangsung  timbul khabar angin yang pasangan ini akan ke kota Bali.  Mungkin ini adalah destinasi bulan madu mereka, tiada siapa yang tahu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan