Khamis, 10 Oktober 2013

Rossa enggan dedah siapa kekasih


Penyanyi terkenal Indonesia, Rossa mengakui kini sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka, bagaimanapun Rossa enggan mendedahkan identiti buah hatinya itu, sebaliknya hanya menyatakan nama lelaki itu sebagai Raja.
Menurut penyanyi berstatus janda anak satu ini, dia hanya akan mendedahkan identiti kekasihnya itu jika bakal naik pelamin.
"Saya tidak mahu mendedahkan lagi siapakah kekasih saya. Jika betul-betul mahu berkahwin baru saya akan dedahkan identitinya," Ujarnya kepada Kapanlagi.
Tambah pelantun "Tegar" itu lagi, dia masih belum tahu atau merancang bilakah dirinya akan berkahwin lagi.
"Saya serahkan soal jodoh ini kepada Allah S.W.T."
Dalam pada itu, Rossa yang bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-35 turut memberitahu bahawa hubungan Raja dan anaknya, Rizky Langit Ramadan semakin rapat.
Sebelum ini Rossa pernah berkahwin dengan anggota kumpulan Padi iaitu Yoyo pada 18 Mac 2004, dan kemudiannya telah dikurniakan seorang cahaya mata. Tetapi hubungan yang terbina tidak bertahan lama apabila pasangan ini telah bercerai pada 14 Julai 2009.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan