Penerbit dan pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim nyata berpuas hati biarpun kutipan filem "Vikingdom: The Blood Eclipse" tidak mendapat kutipan tinggi sepanjang tayangannya di Malaysia.
Menurut Yusry, 40, jumlah itu sudah agak baik dan bepatutan memandangkan pasaran filem Malaysia tempatan menunjukkan penurunan dari segi jualan tiket.
"Pada saya, jumlah RM 1.8 juta diraih itu boleh dianggap baik untuk pasaran filem di Malaysia. Ia satu jumlah yang tak dijangkakan pun.
"Bagaimanapun, kalau hendak berkongsi mengenai sambutan dan penerimaan filem "Vikingdom" ini di pasaran luar negara seperti Amerika Syarikat, ia masih terlalu awal kerana tayangan pun bermula pada 4 Oktober lalu dan penayangan di luar negara tidak berlaku serentak tetapi secara beperingkat," Katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, filem terbitan KRU Studios ini sudah pun berjaya mengutip RM10 juta hasil penjualan hak pengedaran filem itu di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Sweden, Denmark, Brazil dan banyak lagi.
Filem ini yang menelan kos sebanyak RM20 juta, telah dihasilkan sepenuhnya di Malaysia serta menggunakan khidmat kepakaran tenaga produksi tempatan walaupun membariskan pelakon antarabangsa seperti Dominic Purcell, Conan Stevens dan Natassia Malthe.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan