![]() |
ohworlduniaku |
Pelakon popular, Nabila Huda menyatakan kini dia enggan memikirkan soal cinta kerana bosan apabila sering terpalit dengan kontroversi percintaannya yang selalu tidak bertahan lama.
"Sudah-sudahlah dengan kisah cinta. Saya sudah bosan asyik dikaitkan dengan cerita sedemikian dan selesa menjalani kehidupan solo di mana saya rasa lebih bebas dan tidak terseksa," Ujarnya kepada Harian Metro.
Jelas pemenang anugerah Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012), dia tidak mahu lagi membuang masa mengenang kisah lalu dan mahu fokus terhadap kariernya lakonannya.
"Saya tidak mahu lagi membuang masa untuk perkara yang tidak membawa kebaikan kepada karier saya dan sekarang ini mahu bekerja keras dalam lokanan sahaja."
Tambah pelakon berstatus janda anak satu ini lagi, dia lebih gembira jika berada di set penggambaran berbanding duduk di rumah tidak membuat apa-apa.
"Entah kenapa tapi saya rasa sangat puas dan tidak kisah pun berada di lokasi penggambaran sepanjang hari kebelakangan ini. Kalau duduk di rumah, rasa macam tak keruan sebab tak tahu apa nak buat.
"Sebab itulah, saya tidak kisah sibuk berlakon dan jadual saya penuh sampai Januari depan. Hampir 90 peratus masa saya dihabiskan di set."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan