Jumaat, 11 Oktober 2013

KRU Studios rancang terbit filem "Black Hawk Down" versi Malaysia

KRU Studios merancang mahu menerbitkan filem "Black Hawk Down" versi Malaysia yang akan mengangkat dari sudut pandang tentera Malaysia yang terlibat dalam pertempuran yang berlaku 20 tahun lalu di Mogadishu, Somalia itu.
"Kita dalam usaha untuk mencari beberapa cerita yang berkaitan dengan patriotism tapi tak disampaikan dalam bentuk melo drama atau biografi. Untuk menimbulkan rasa keterujaan pada penonton tu jadi kita buat dalam bentuk aksi," Ujar Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim kepada Malaysian Digest.
Namun, Norman menegaskan hasrat pihaknya mahu menghasilkan filem itu bukan berniat untuk menyinggung tentera Amerika Syarikat atau mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa pertempuran itu.
"Saya rasa tak ada salahnya dan tak rasa pihak Amerika akan tersinggung kerana mereka juga telah membuat filem versi mereka. Kita pula akan menghasilkan filem tersebut dari kaca mata tentera Malaysia terutama yang menyertai pertempuran itu.
"Sebab kalau kita tengok filem versi Amerika, pastinya mereka menggambarkan wira-wira mereka sebagai pejuang sebenar. Kita bukan anti Amerika tapi kita nak menginterpretasikan peristiwa tersebut dalam bentuk pemahaman kita sekaligus menggambarkan wira-wira kita juga telah menyelamatkan Amerika."
Menurut Norman, filem tersebut masih lagi dalam peringkat perancangan dan penyelidikan, tetapi berkata skrip filem tersebut berkemungkinan akan mula dihasilkan pada hujung tahun ini.
Tambahnya lagi, pihaknya juga akan menghasilkan satu dokumentari khas mengenai filem itu terlebih dahulu sebelum filemnya memulakan penggambaran skitar tahun hadapan.
Bagaimanapun, Norman enggan mendedahkan siapakah yang bakal mengarah atau pelakon utama yang bakal membintangi filem itu kerana masih terlalu awal.
"Buat masa ini kita belum putuskan lagi siapa pelakon-pelakonnya. Malah kemungkinan bukan Yusry yang akan mengarahkan filem. Mungkin kita akan mendapatkan pengarah bukan orang Malaysia. Filem ini juga akan dipasarkan di peringkat antarabangsa."
Filem "Black Hawk Dawn" yang diarahkan oleh Ridley Scott diterbitkan pada 2001 di mana ia diangkat daripada sebuah buku tulisan Mark Bowden. Walaupun menerima beberapa anugerah, namun filem tersebut mendapat kritikan kerana beberapa fakta yang salah. Contohnya, tidak memaparkan sumbangan tentera antarabangsa yang berkhidmat di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu termasuk tentera Malaysia daripada Batalion ke-19 Askar Melayu Diraja.
Dalam operasi menyelamatkan tentera Amerika yang terperangkap di Pasar Baraaka, Korporal Mat Aznan Awang terbunuh selepas kereta perisai yang dipandunya ditembak dengan grenad pelancar roket, manakala sembilan tentera Malaysia turut tercedera.

Fauzi Nawawi dituduh curang?

 Pelakon popular Fauzi Nawawi kesal dengan kontroversi yang timbul kononnya dia berlaku curang dengan isterinya, Lisdawati dengan seorang pelakon yang juga bekas peserta Akademi Fantasia 5 iaitu Noni.
"Sudah-sudahlah nak kaitkan saya dengan wanita lain. Pada usia mencecah 40 tahun, saya rasa malu pula apabila digosipkan mempunyai skandal.
"Rasa macam tak logic saya dikaitkan dengan Noni kerana saya hanya pernah bekerjasama menerusi drama "Aiman Tempe", "Jentera Jenteng Pilihan Raya" dan "Kiambang" sahaja dengannya.
"Dia juga turut terlibat menjayakan promosi produk Aqua Terapi yang diusahakan oleh syarikat saya dan isteri iaitu Perfect Illusion Corporation Sdn Bhd," katanya kepada mStar.
Pada masa sama, Fauzi turut memberi amaran bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya kontroversi tersebut boleh menjejaskan karier dan perniagaannya.
"Saya nak ingatkan, kalau nak buat cerita seperti ini selidik betul-betul. Jangan sampai saya ambil tindakan pula nanti.
"Mungkin isteri saya sudah faham dengan situasi seperti ini dan dia tidak hairan pun dengan perkara tersebut. Lebih-lebih lagi Lisda sering bersama saya dan Noni apabila membuat promosi produk."
Sementara itu, Fauzi berharap selepas ini tiada lagi gosip dirinya berskandal dengan wanita lain diberitakan.
"Anak-anak saya pun sudah besar, rasa kurang manis apabila berita ini keluar. Apatah lagi saya dan Lisda merancang untuk menambah anak pada tahun hadapan."

Namron sokong Sharifah Amani

Pengarah dan pelakon terkenal Namron memuji tindakan berani pelakon Sharifah Amani yang meluahkan ketidakpuasan hati kepada Lembaga Penapisan Filem (LPF) selepas Filem "Psiko Pencuri Hati" diklasifikasi PG18 kerana mengandungi babak ngeri.
Menurut Namron tindakan memberi klasifikasi '18' (untuk tontonan 18 tahun ke atas) menyebabkan sesuatu filem itu akan kekurangan penonton dan sekaligus melihatkan filemnya "Psiko Pencuri Hati" hanya mampu mengutip RM110 ribu sahaja.
"Sebahagian besar penonton terdiri daripada remaja berbanding orang dewasa apatah lagi berkeluarga.
"Dan hampir kesemua penerbit mahu mendapatkan klasifikasi U (umum) kerana itu memastikan mereka tidak rugi malah mungkin menguntungkan," Katanya kepada Berita Harian.
Tambahnya, beliau melihat apa yang dilakukan Sharifah itu lebih kepada pandangan membina dan sekadar memberi pandangan ikhlas agar LPF dapat membuat sesuatu tentang hal ini.
"Tidak hanya Psiko Pencuri Hati tetapi beberapa filem lain turut jadi mangsa ketidakjelasan LPF dan isu ini bukan baru, malah banyak kes mencabar kredibiliti LPF seperti "The New Village". "Tanda Putera" dan "Lemak Kampung Santan."
Sebelum ini, berlakunya perang mulut antara Sharifah Amani dengan Syamsul Yusof di Twitter apabila Sharifah meluahkan perasan marah kerana filem lakonannya "Psiko Pencuri Hati" diklasifikasikan PG18 selepas didakwa mempunyai babak ngeri, tetapi filem "KL Gangster 2" arahan Syamsul yang membabitkan babak dadah, pergaduhan, rogol dan mencarut diklasifikasikan PG13.

Demi Lovato teruja bawa watak lesbian

-Penyanyi yang popular dengan lagu "Heart Attack" Demi Lovato dilaporkan teruja apabila diberikan watak lesbian dalam drama muzikal "Glee" terbaru.
Menurut laporan DailyMail, bekas bintang Disney itu bakal membawa watak songsang itu bergandingan dengan pelakon Naya Rivera.
"Saya seronok apabila ditawarkan untuk membawa watak lesbian ini kerana jika 15 tahun dulu, amat sukar untuk masyarakat menerima watak sebegini dan apabila ditayang pastinya akan diharamkan." Katanya.
"Kini masyarakat lebih terbuka dan saya berasa bangga memegang watak ini dan dengan itu saya dapat mewakili mereka di luar sana dan situasi sekarang pun normal bercinta dengan pasangan sejenis."
Setiap musim "Glee" pastinya akan menjemput selebriti terkenal untuk tampil dalam drama itu dan episod terbaru drama ini yang sudah memasuki musim kelima telah pun disiarkan di saluran Fox sejak 26 September lalu.
Dalam perkembangan lain, penyanyi berusia 21 tahun itu juga yang kini menjadi juri "X Factor USA" bersama Simon Cowell, Kelly Rowland dan Paulina Rubio serta bakal mengadakan konsert "2vLive" di Los Angeles pada 28 Oktober ini.

Keluarga Michael Jackson gagal saman penganjur

Tuntutan saman keluarga Michael Jackson terhadap penganjur konsert Raja Pop gagal apabila juri mahkamah menolak saman tersebut ekoran kematian penyanyi itu pada 2009.
Menurut laporan dari Agensi , perbicaraan yang berjalan selama lima bulan telah menyaksikan panel 12 juri sebulat suara bersetuju defendan AEG Live mengupah Dr Conrad Murray untuk mengawasi MJ tetapi dakwaan dia tidak sesuai atau tidak berkemampuan melaksanakan tugas itu dinafikan.
Panel juri yang bersidang selama tiga hari di Los Angeles selepas perbicaraan ditamatkan dengan keluarga Michael mendakwa AEG Live cuai kerana mengupah Murray.
Dalam pada itu, peguam defendan, Marvin Putnam nyata gembira dan menyambut baik keputusan mahkamah.
"Keputusan juri membebaskan sepenuhnya AEG Live dan mengesahkan keyakinan kami sejak awal bahawa kematian tragik Michael bukan disebabkan oleh syarikat ini."

Isu K-Pop:Anwar gesa SPRM siasat Shabery

Pihak berkuasa perlu menyiasat bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berhubung bil kementerian berjumlah RM67.6Juta untuk sambutan Hari Belia pada tahun 2012,kata ketua PKR Datuk Anwar Ibrahim.


    Menurut, ketua Audit Negara Kementerian itu membelanjakan lebih empat kali ganda berbanding peruntukan yg diberikan untuk acara itu termasuk RM1.6Juta untuk menjemput artis Kpop membuat persembahan pada acara itu.Anwar berkata perkara itu amat memeranjatkan kerana telah menyalah gunakan kuasa dan dana awam.
   Sehubungan itu SPRM digesa untuk menyiasat pemimpin itu.Ketua pembangkang berkata ia merupakan satu keputusan politik dan pemimpin politik perlu b'tanggunjwb dgn tindakan pembaziran dana awam dan tdk seharusnya menyalahkan kakitangan awam shja.

Saya mengesa SPRM utk menyiasat 'Jerung' besar dan bukan hanya setakat 'Ikan Bilis' kecil ujar Anwar..