Jumaat, 11 Oktober 2013

Keluarga Michael Jackson gagal saman penganjur

Tuntutan saman keluarga Michael Jackson terhadap penganjur konsert Raja Pop gagal apabila juri mahkamah menolak saman tersebut ekoran kematian penyanyi itu pada 2009.
Menurut laporan dari Agensi , perbicaraan yang berjalan selama lima bulan telah menyaksikan panel 12 juri sebulat suara bersetuju defendan AEG Live mengupah Dr Conrad Murray untuk mengawasi MJ tetapi dakwaan dia tidak sesuai atau tidak berkemampuan melaksanakan tugas itu dinafikan.
Panel juri yang bersidang selama tiga hari di Los Angeles selepas perbicaraan ditamatkan dengan keluarga Michael mendakwa AEG Live cuai kerana mengupah Murray.
Dalam pada itu, peguam defendan, Marvin Putnam nyata gembira dan menyambut baik keputusan mahkamah.
"Keputusan juri membebaskan sepenuhnya AEG Live dan mengesahkan keyakinan kami sejak awal bahawa kematian tragik Michael bukan disebabkan oleh syarikat ini."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan