Jumaat, 11 Oktober 2013

Namron sokong Sharifah Amani

Pengarah dan pelakon terkenal Namron memuji tindakan berani pelakon Sharifah Amani yang meluahkan ketidakpuasan hati kepada Lembaga Penapisan Filem (LPF) selepas Filem "Psiko Pencuri Hati" diklasifikasi PG18 kerana mengandungi babak ngeri.
Menurut Namron tindakan memberi klasifikasi '18' (untuk tontonan 18 tahun ke atas) menyebabkan sesuatu filem itu akan kekurangan penonton dan sekaligus melihatkan filemnya "Psiko Pencuri Hati" hanya mampu mengutip RM110 ribu sahaja.
"Sebahagian besar penonton terdiri daripada remaja berbanding orang dewasa apatah lagi berkeluarga.
"Dan hampir kesemua penerbit mahu mendapatkan klasifikasi U (umum) kerana itu memastikan mereka tidak rugi malah mungkin menguntungkan," Katanya kepada Berita Harian.
Tambahnya, beliau melihat apa yang dilakukan Sharifah itu lebih kepada pandangan membina dan sekadar memberi pandangan ikhlas agar LPF dapat membuat sesuatu tentang hal ini.
"Tidak hanya Psiko Pencuri Hati tetapi beberapa filem lain turut jadi mangsa ketidakjelasan LPF dan isu ini bukan baru, malah banyak kes mencabar kredibiliti LPF seperti "The New Village". "Tanda Putera" dan "Lemak Kampung Santan."
Sebelum ini, berlakunya perang mulut antara Sharifah Amani dengan Syamsul Yusof di Twitter apabila Sharifah meluahkan perasan marah kerana filem lakonannya "Psiko Pencuri Hati" diklasifikasikan PG18 selepas didakwa mempunyai babak ngeri, tetapi filem "KL Gangster 2" arahan Syamsul yang membabitkan babak dadah, pergaduhan, rogol dan mencarut diklasifikasikan PG13.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan