-Penyanyi yang popular dengan lagu "Heart Attack" Demi Lovato dilaporkan teruja apabila diberikan watak lesbian dalam drama muzikal "Glee" terbaru.
Menurut laporan DailyMail, bekas bintang Disney itu bakal membawa watak songsang itu bergandingan dengan pelakon Naya Rivera.
"Saya seronok apabila ditawarkan untuk membawa watak lesbian ini kerana jika 15 tahun dulu, amat sukar untuk masyarakat menerima watak sebegini dan apabila ditayang pastinya akan diharamkan." Katanya.
"Kini masyarakat lebih terbuka dan saya berasa bangga memegang watak ini dan dengan itu saya dapat mewakili mereka di luar sana dan situasi sekarang pun normal bercinta dengan pasangan sejenis."
Setiap musim "Glee" pastinya akan menjemput selebriti terkenal untuk tampil dalam drama itu dan episod terbaru drama ini yang sudah memasuki musim kelima telah pun disiarkan di saluran Fox sejak 26 September lalu.
Dalam perkembangan lain, penyanyi berusia 21 tahun itu juga yang kini menjadi juri "X Factor USA" bersama Simon Cowell, Kelly Rowland dan Paulina Rubio serta bakal mengadakan konsert "2vLive" di Los Angeles pada 28 Oktober ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan