Teguran tersebut telah dibuat menesrusi akaun twitter miliknya @CTNurhaliza11 selepas dia membaca kenyataan Khairy di sebuah akhbar tempatan yang membidas bekas kapten skuad kebangsaan Datuk Jamal Nasir agar tidak masuk campur dalam kemelut menteri itu dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM).
''Teguran saya itu dibuat secara ikhlas tanpa ada kepentingan apa-apa'.Apabila saya membaca kenyataan beliau dalam akhbar ,sebagai orang biasa saya terpanggil untuk membuat teguran'ujarnya- dipetik daripada akhbar Kosmo.
''Sebagai menteri muda & being look up(menjadi perhatian),rasanya @Khairykj perlu menggunakan pendekatan yang lebih berhemah. Lantang tak perlu biadap dengan yang lebih tua."
Sementara itu, Khairy Jamaluddin ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Deepavali yang dianjurkan oleh Timbalannya, Datuk M. Saravanan di sini semalam, bagaimanapun enggan mengulas mengenai isu tersebut.
Kemelut antara Khairy Jamaluddin dan FAM tercetus apabila beliau lantang mengkritik badan induk bola sepak negara itu, antaranya berhubung isu jualan tiket final Piala Malaysia dan kemuncaknya, teguran terhadap Jawatankuasa Keselamatan FAM susulan penemuan pistol di Stadium Shah Alam pada 3 November lalu.
Menteri itu kemudiannya menyatakan persetujuan untuk bersemuka dengan FAM bagi menyelesaikan kemelut antara kedua-dua pihak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan