Rabu, 13 November 2013

Tahniah Yasmin Hani dapat bayi lelaki

Pengacara jelita, Yasmin Hani Richardson selamat melahirkan bayi lelaki hasil perkahwinannya bersama bekas pemain dram kumpulan Blackrose, Sha'arin Razali.


Yasmin telah berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik sekeping foto menerusi laman sosial Instagram dan melahirkan rasa syukur atas kelahiran anak pertamanya yang dipanggil Baby N.
"Alhamdullilah, After nine months of construction, our little project is complete. On the morning of the 12th of November 2013, we welcome with great joy into our home and into our hearts our little baby boy (Alhamdulillah. Selepas sembilan bulan membinanya, projek kecil kami sudah siap. Pada pagi 12 November 2013, kami menyambut bayi lelaki kami dengan gembira.)," tulisnya.
Yasmin, 34, telah mengahwini Sha'arin, 42, yang merupakan abang kepada Qi Razali pada 21 Oktober 2011. Ini merupakan anak ketiga buat Sha'arin yang turut mempunyai dua anak hasil perkahwinan pertamanya iaitu Siti Narissa Edora, 25, dan Armand, 23.
Tahniah diucapkan kepada Yasmin dan Sha'arin atas kehadiran orang baru dalam keluarga anda!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan