![]() |
ohworlduniaku |
Penyanyi jelita Shila Amzah baru-baru ini telah mengadakan showcase yang bertempat di Penthouse@ The Icon telah membuatkan ramai hadirin terpaku dengan persembahannya yang memukau.
Showcase itu telah diadakan bagi meraikan sokongan peminatnya (Shilalas) dan para media yang tak putus-putus memberi sokongan selama ini serta juga sempena pelancaran album terbarunya.
"Saya tak nak buat pelancaran album yang biasa-biasa, jadi kita adakan showcase ini hadiah buat peminat dan media tanda penghargaan saya kepada semua yang menyokong saya selama ini. Dalam album ni dirakamkan secara live, jadi saya nak peminat pun sama-sama menikmati lagu dalam album ni pada persembahan live saya." Katanya kepada Malaysia Digest.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu "Patah Seribu" itu tidak mengecewakan para hadirin yang menyaksikan persembahan selama dua jam yang cukup bertenaga dan memikat hati dengan menampilkan lagu-lagu daripada album terbarunya.
Antara lagu yang dinyanyikan Shila pada showcase itu seperti "Masih Aku Cinta", "Maaf", "Tulus" dan beberapa lagu 'medley' daripada penyanyi antarabangsa hebat iaitu Adele, "Rolling In The Deep, "Rumour Has it" dan "Set Fire To The Rain".
Dalam perkembangan lain, penyanyi berusia 23 tahun itu juga bakal membuat satu lagi konsert pada tahun hadapan dan akan merakam album Mandarin yang diterbitkan oleh syarikat pengurusannya di Shanghai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan