Selasa, 15 Oktober 2013

'Kalimah Allah'


Aku bangga diam di Sarawak tok.Tiada provokasi agama,kaum,adat,etc.Bukan senang nak tengok berbagai bangsa dan kaum duduk serumpun seperti di sini..
Sebenarnya admin malas nak update isu agama kerana ia adalah sesuatu yang sensitif. Lagipun kita di Sarawak tiada masalah walaupun kita berlainan suku,kaum, etnik dan agama. Cuba pergi ke Lutong Miri, Masjid dan Gereja bersebelahan saja berpagarkan jaring bukannya tembok konkrit. Orang Islam sembahyang sebelah dan orang Kristian sembahyang sebelah. so tidak pernah jadi isu pun, yang penting kita sembahyang mesti ikhlas. So kepada orang luar jangan cuba politikan isu agama di Sarawak kerna kami tiada masalah pun. Orang Islam dan Orang Kristian di Sarawak saling hormat menghormati. Ingatlah sekali lagi, jangan cuba membawa isu yang cuba mengugat keharmonian kami di Sarawak kerna Sarawak LAIN daripada yang LAIN. Diulangi sekali lagi, Sarawak LAIN daripada yang lain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan