Jumaat, 29 November 2013

Kamal Adli kesal dengan sikap Fizz Fairuz?

Pelakon kacak Kamal Adli sedikit terkilan dengan sikap yang ditunjukkan pelakon Fizz Fairuz


apabila bersikap lepas tangan dan acuh tak acuh terhadap kumpulan Apa Kasih Toq (AKT) yang dianggotainya dalam Liga Lawak Superstar(LLS).
"Apabila pihak TV3 mengesahkan Fizz terpaksa menarik diri kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan, kami akur. Cuma saya terkejut dan terkilan apabila melihat di Instagram miliknya, dia bersama tiga artis lain iaitu Fizo Omar, Fahrin Ahmad dan Iqram Dinzly menyertai rombongan ke Cardiff yang dibawakan oleh Rafflesia," katanya seperti dipetik mStar.
Jelas pelakon berusia 27 tahun itu, pada awalnya dia turut mendapat tawaran ke Cardiff tetapi memikirkan komitmen dalam LSS, beliau memutuskan untuk menolaknya. Tetapi selepas mengetahui Fizz yang pergi menggantikannya, dia berasa kaget kerana mereka bersama terlibat dalam rancangan lawak terbabit.
"Sebenarnya saya pun dijemput oleh Rafflesia untuk ke UK tetapi saya terpaksa tolak kerana komitmen dalam LLS. Saya tak sangka pula tempat saya itu Fizz yang ambil."
Pada masa sama, juga keliru selepas mendapat SMS daripada Fizz yang memaklumkan dia telah disingkirkan dalam rancangan itu tapi pihak TV3 pula memberitahu pelakon drama "Nur Kasih" itu yang menarik diri.
"Dia SMS saya meminta agar saya tenang dan berharap kumpulan kami berjaya sehingga ke peringkat akhir. Saya sebenarnya enggan masuk campur tentang urusan ini kerana ia lebih membabitkan antara Fizz dan pihak TV3. Saya pun tidak tahu situasi sebenar diri Fizz."
Sementara itu, Kamal mengakui selepas ketiadaan Fizz, undian kumpulan AKT yang mana turut dianggotai Didie Alias sedikit terjejas kerana sebelum ini Fizz banyak memberi idea. Namun begitu, dia akan cuba sebaik mungkin dengan gandingan baru Kyle Syafiq.
Dalam perkembangan lain, Kamal Adli bakal muncul dengan drama terbaru "Jiwa" yang akan disiarkan mulai 5 Februari depan menerusi TV3.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan