Jumaat, 29 November 2013

Taylor Swift menang Artis Tahunan AMA buat kali ke-3

Penyanyi country terkenal, Taylor Swift dinobat sebagai Artis Tahunan buat kali ketiga di American Music Awards 2013 (AMA 2013) yang berlangsung di Nokia Theatre, Los Angeles pada malam Ahad (waktu tempatan).

Pelantun lagu "We Are Never Ever Getting Back Together" ini menewaskan calon yang lain iaitu Macklemore & Ryan Lewis, Rihanna, Bruno Mars dan Justin Timberlake.
"Nombor bertuah saya adalah 13 dan sehingga sekarang, anda semua telah menjadikan 2013 sebagai tahun yang paling indah buat saya. Saya berusia 23 tahun dan saya tidak tahu apa yang sedang berlaku kepada saya. Saya sayangkan anda semua. Sukar untuk saya percaya," ujarnya ketika memberi ucapan.
Selain Artis Tahunan, Swift turut membawa pulang trofi kategori Artis Wanita Pop/Rock, Artis Wanita Country dan Album Country untuk "Red".
Selain Swift, Timberlake turut memenangi tiga anugerah iaitu Artis Lelaki Pop/Rock, Artis Lelaki Soul/R&B dan Album Soul/R&B.
Pelantun "Diamonds", Rihanna menerima Anugerah Ikon yang julung kali diberikan dan ia dipersembahkan oleh ibunya sendiri, Monica Braithwaite.
AMA 2013 dimulakan dengan persembahan bertenaga Katy Perry yang mempersembahkan lagu single terbarunya, "Unconditionally" yang dipetik dari album terbarunya, "Prism".
Selain daripada Perry, Timberlake, Ariana Grande, One Direction, Imagine Dragons, Lady Gaga, Miley Cyrus, Jennifer Lopez, Kendrick Lamar, A Great Big World dan Christina Aguilera turut mengadakan persembahan.
Kumpulan wanita R&B popular, TLC bergandingan semula mempersembahkan lagu "Waterfalls" selepas hampir dua dekad album "Crazy Sexy Cool" diriliskan.
AMA 2013 telah diacarakan oleh penyanyi rap Pitbull.
Senarai penuh barisan pemenang AMA 2013 adalah seperti berikut:
Artis Tahunan: Taylor Swift
Artis Baru Tahunan: Ariana Grande
Lagu Single Tahunan: "Cruise" – Florida Georgia Line & Nelly
Artis Wanita Pop/Rock: Taylor Swift
Artis Lelaki Pop/Rock: Justin Timberlake
Band, Duo atau Kumpulan Pop/Rock: One Direction
Album Pop/Rock: "Take Me Home" – One Direction
Artis Wanita Country: Taylor Swift
Artis Lelaki Country: Luke Bryan
Band, Duo atau Kumpulan Country: Lady Antebellum
Album Country: "Red" – Taylor Swift
Artis Rap/Hip-Hop: Macklemore & Ryan Lewis
Album Rap/Hip-Hop: "The Heist" – Macklemore & Ryan Lewis
Artis Wanita Soul/R&B: Rihanna
Artis Lelaki Soul/R&B: Justin Timberlake
Album Soul/R&B: "The 20/20 Experience" – Justin Timberlake
Artis Rock Alternatif: Imagine Dragons
Artis Latin: Marc Anthony
Kontemporari Dewasa: Maroon 5
Artis Electronic Dance Music: Avicii
Artis Inspirasi Kontemporari Kegemaran: Matthew West
Runut Bunyi Kegemaran: "Pitch Perfect"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan