Kumpulan yang digilap bakatnya oleh juri popular Simon Cowell iaitu One Direction mungkin akan berpecah selepas sudah berada di puncak kejayaan.
Menurut Simon Cowell, 54, yang terkenal dengan komen pedasnya, beliau tidak terkejut sekiranya kumpulan One Direction yang terdiri daripada Harry Styles, Niall Horan, Zayn Malik, Louis Tomlinson dan Liam Payne ingin memilih haluan masing-masing.
"Pilihan di tangan mereka. Apa yang saya tahu, mereka gembira dengan kehidupan sekarang. Tiada yang kurang mengenai penggabungan itu, tetapi mereka mungkin akan berpecah untuk memulakan kerjaya sendiri," ujarnya kepada sebuah portal hiburan tempatan.
Simon Cowell adalah individu yang bertanggujawab menyatukan dan menaik nama kumpulan ini selepas bakat mereka dikesan dalam program "The X Factor 2010" sehingga menjadi terkenal dan pujaan ramai.
Sementara itu, One Direction yang popular dengan lagu "What's Makes You Beautiful" sudah berjaya menempatkan nama mereka di dalam senarai kumpulan termuda yang berada dalam senarai penghibur berpendapatan tinggi di United Kingdom.
Dalam pada itu, One direction juga baru sahaja memenangi anugerah di American Music Awards 2013 (AMA 2013) untuk kategori Album Pop/Rock dan Band, Duo atau Kumpulan Pop/Rock dengan mengalahkan Imagine Dragons dan Macklemore & Ryan Lewis.
Mereka turut membuat persembahan di AMA 2013 dengan tampil memukau penonton apabila mendendangkan lagu single terbaru mereka, "Story Of My Life".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan