Avril Lavigne bukanlah satu nama yang perlu diperkenalkan lagi. Pasti ramai yang mengikuti Avril ketika zamannya bermula dahulu hingga kini.
Avril Lavigne pernah mendirikan rumahtangga sebelum ini bersama Deryck Whibley yang merupakan penyanyi dan pemain gitar kumpulan SUM 41 pada 15 Julai 2006 namun hubungan mereka berakhir secara rasmi empat tahun kemudian pada 16 November 2010.
Selepas itu Avril mengenepikan soal kehidupan peribadinya dan kembali aktif di dalam dunia seni. Seketika itu pada March 2012, Avril Lavigne dilihat keluar bersama sebagai rakan biasa dengan salah seorang ahli kumpulan Nickleback, Chad Kroeger . Hubungan ini bermula selepas mereka menjalinkan kerjasama untuk menulis dan merekamkan album ke-5 Avril. Mereka kemudiannya bertunang pada Ogos slps sebulan berkenalan dgn lebih rapat.Pada 1Julai 2013 ,Avril dan Chad berkahwain dan memilih utk berbulan madu di Portofino Italy.
Walaupun sibuk dgn kerjaya muzik masing2 pasangan ini masih mengimpikan anak secepat mungkin dan membina keluarga bahagia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan