Aktres dan model jelita Luna Maya mengakui dia dan bekas kekasihnya, Ariel dari kumpulan NOAH sering berkomunikasi dan pernah bertemu selepas penyanyi berusia 32 tahun ini bebas dari penjara berikutan kes video seks mereka yang tersebar pada 2010.
Dipetik daripada laporan Kapan Lagi, Luna Maya, 30, memberitahu, "Kami sudah bertemu sebelum ini. Semuanya biasa saja. Kami sudah jadi sahabat. Saya dan Ariel boleh berbicara apa saja. Kami bercerita tentang kehidupan masing-masing."
Walaupun Ariel atau nama sebenarnya Nazril Irham masih enggan bercerita tentang bekas kekasihnya itu, Luna Maya walaubagaimanapun menafikan bahawa mereka bermusuhan dan tidak bertegur sapa selepas hubungan mereka terkandas di tengah jalan.
"Hubungan kami kini lebih seperti abang dan adik. Kami baik-baik saja," ujarnya.
Pada Jun 2010, Ariel mencetuskan kontroversi apabila video seksnya bersama Luna Maya dan seorang lagi selebriti Indonesia, Cut Tari tersebar. Ariel yang mula dikenali dengan kumpulan Peterpan telah dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun enam bulan dan denda sebanyak Rp. 250 juta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan