Khamis, 12 Mac 2015

18sx komen berbaur lucah,Wak Doyok dikecam peminat

:Tindakan ikon fesyen, Wak Doyok memberi komen berbaur lucah di laman Instagram milik rakan artisnya iaitu Kilafairy telah mencetuskan kecaman dan kritikan dari pengikutnya di Instagram.Semuanya bermula kira-kira seminggu lalu apabila Kilafairy memuatnaik foto di Instagram yang memaparkan susuk tubuh belakang tubuh badannya. Foto telah mendapat reaksi dari pelbagai pihak dan antara yang turut memberikan komen ialahWak Doyok sendiri.Namun, komen dari Wak Doyok itu mencetuskan kritikan apabila ianya berbaur lucah dan apabila ditegur oleh Kilafairy sendiri, Wak Doyok turut membalas dengan komen yang lebih berbaur lucah.Semuanya boleh dibaca sendiri menerusi kapsyen dan foto dibawahApa yang pasti, tindakannya itu mendapat kritikan ramai pemberi komen lain yang ada antaranya mempertikai kredibili Wak Doyok yang sebelum ini dilihat sering memberi nasihat berbentuk Islamik di Instagram miliknya sendiri.Malah ada beberapa pengikut turut menggelar Wak Doyok seorang yang `pervert` dan `gila seks`. Tidak dapat dipastikan apa reaksi dan motif Wak Doyokberhubung isu ini.Selain itu, menerusi komen-komen lain, tindakan Kilfairy sendiri yang memuatnaik foto sedemikian turut dikritik. Ianya mengundang pelbagai lagi komen-komen berunsur lucah bukan hanya dari Wak Doyok sendiri tetapi pengikut-pengikut lain.
:Tindakan ikon fesyen, Wak Doyok memberi komen berbaur lucah di laman Instagram milik rakan artisnya iaitu Kilafairy telah mencetuskan kecaman dan kritikan dari pengikutnya di Instagram.Semuanya bermula kira-kira seminggu lalu apabila Kilafairy memuatnaik foto di Instagram yang memaparkan susuk tubuh belakang tubuh badannya. Foto telah mendapat reaksi dari pelbagai pihak dan antara yang turut memberikan komen ialahWak Doyok sendiri.Namun, komen dari Wak Doyok itu mencetuskan kritikan apabila ianya berbaur lucah dan apabila ditegur oleh Kilafairy sendiri, Wak Doyok turut membalas dengan komen yang lebih berbaur lucah.Semuanya boleh dibaca sendiri menerusi kapsyen dan foto dibawahApa yang pasti, tindakannya itu mendapat kritikan ramai pemberi komen lain yang ada antaranya mempertikai kredibili Wak Doyok yang sebelum ini dilihat sering memberi nasihat berbentuk Islamik di Instagram miliknya sendiri.Malah ada beberapa pengikut turut menggelar Wak Doyok seorang yang `pervert` dan `gila seks`. Tidak dapat dipastikan apa reaksi dan motif Wak Doyokberhubung isu ini.Selain itu, menerusi komen-komen lain, tindakan Kilfairy sendiri yang memuatnaik foto sedemikian turut dikritik. Ianya mengundang pelbagai lagi komen-komen berunsur lucah bukan hanya dari Wak Doyok sendiri tetapi pengikut-pengikut lain.

Sabtu, 21 Februari 2015

Atikah Suhaime digosip bercinta dengan jejaka pilot?

Dengar cerita pelakon kesayangan MIG Production iaitu Atikah Suhaime sekarang ini tengah hangat bercinta dengan

Jumaat, 20 Februari 2015

5 Wanita terkaya di Malaysia

Menurut portal savemoney.my, berikut di bawah ialah 5 senarai wanita terkaya di Malaysia.

Bukan hanya Tegar pernah ditipu bekas pengurus

 Nampaknya bukan Tegar saja yang dianiaya pengurus bernama A, sebaliknya dia juga pernah menjadikan penyanyi Singapura, Mohammad Sufie sebagai mangsa sebelum ini.Perkara itu telah didedahkan sendiri oleh Mohammad Sufie atau lebih dikenali sebagai Sufie Rashid menerusi laman facebook peribadinya.Menurut Sufie Rashid dia kenal siapa pengurus yang dimaksudkan sebagai A itu. Malah, Sufie Rashid juga secara beranitelah mendedahkan nama sebenar pengurus A itu sebagai Arif Dollah."Saya kenal siapa A. Nama dia Arif Dollah. Jika ada sesiapa nampak dia, jangan bekerja dengan dia. dia lebih teruk dari syaitan."Dia pernah menguruskan saya tetapi dia telah menggunakan saya dan menguasai kehidupan keluarga saya. Kasihan Tegar, dia seorang budak yang lurus."Kepada Aris, kalau awak baca ini, hati-hati kerana semua orang mencari anda. Awak adalah satu-satunya lelaki yang saya tidak akan maafkan sampai bilan-bila pun atas apa yang anda lakukan terhadap saya dan keuarga saya. Anda lebih teruk dari binatang," katanya lagi.Posting Sufie Rashid yang dimuatnaik pada hari semalam itu adalah tindak balas terhadap artikel AstroGempak bertajuk Tegar Ditipu Pengurus Baru Pula, Kini Kembali Mengemis? yang diterbitkan di portal infotainment tersebut pada 18 Februari lalu.Dalama artikel berkenaan, Tegar dikatakan telah ditipu pengurus berkenaan dan kini kembali hidup susah sehingga menyebabkan ibunya kembali menjadi pengemis jalanan. Yang menyedihkan adalah Tegar pernah ditipu pengurus lamanya dan sekali lagi, dia dianiaya oleh pengurus bernama A ini.

Selasa, 17 Februari 2015

Almy Nadia selamat bersalin bayi perempuan.





Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti, Almy Nadia dan Fizz Fairuz yang selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada jam 6.49 petang semalam.

Isnin, 16 Februari 2015

Kim Joong Kook ingin tinggalkan Running Man??


Oleh kerana sering tercedera, penyanyi dan pengacara Running Man, Kim Jong Kook memberitahu hasrat hatinya untuk menarik diri

Arjun Rampal sering "dikritik" isteri



Mengimbau detik perkenalan antara Arjun Rampal dan isterinya,Mehr ianya agak romantis kerana mereka mula menjalin cinta ketika sama-sama aktif dalam modelling.

Ariel Noah putus cinta dengan Sophia?





SPEKULASI yang mendakwa kononnya vokalis kumpulan Noah, Ariel sudah putus cinta dengan kekasihnya, Sophia Latjuba menjadi topik hangat dalam industri hiburan seberang.

Khabar angin itu tersebar selepas pasangan tersebut tidak lagi kelihatan bersama pada beberapa acara hiburan.

Kali terakhir pasangan itu dilihat hadir berdua sewaktu majlis perkahwinan pemain keyboard Noah, David di Bandung hujung tahun lalu.

Pada majlis berkenaan, pasangan itu tidak segan mempamerkan kemesraan di kahalayak dan membuktikan cinta dan kebahagiaan yang sedang dikecapi.

Malah lelaki berusia 34 tahun tersebut secara terbuka menyatakan rasa tidak sabar untuk mengikut jejak langkah sahabatnya yang sudah berumah tangga itu.

Ariel juga dikatakan kelihatan teruja untuk segera memperisterikan Sophia selepas hidup solo kira-kira tujuh tahun.

Bagaimanapun kini, bapa kepada Allea Anata Irham itu dilihat seakan-akan mahu melarikan diri apabila diajukan tentang hubungan cintanya dengan Sophia.

Malah Ariel juga menyatakan rasa kurang senang apabila media massa di negara tersebut asyik mengajukan pertanyaan mengenai hubungannya itu.

“Tidak ada apa-apa yang perlu dikomen,” kata Ariel ringkas apabila terus diasak untuk mengulas perihal peribadinya itu.

Khabarnya, hubungan Ariel dan Sophia mula goyah selepas vokalis Noah itu terserempak dengan bekas kekasihnya, Luna Maya sewaktu menghadiri tayangan perdana filem Pendekar Tongkat Emas tidak berapa lama dulu.

Tomok berdebar tunggu kelahiran anak kedua

Oh World Duniaku.blogspot.com





JANTUNGNYA kini berdegup kencang tatkala isterinya, Siti Rahayu Abbas sedang menunggu masa untuk bersalin anak kedua. Walaupun ini bukan kelahiran pertama pasangan ini, debarannya tetap dirasai.

Pengakuan Syatilla Melvin,gosip bercinta dengan aktor kacak Shaheizy Sam

Oh World Duniaku.blogspot.com


Biarpun hubungan istimewa mereka sudah dihidu,

Siapa Caliph Buskers??












KEMUNCULAN mereka di pentas Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) baru-baru ini telah membuka mata ramai pihak tentang kebolehan sebuah kumpulan muzik orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan mementaskan lagu Romancinta nyanyian asal kumpulan Mojo.

Isteri Hisyam Hamid kini bertudung


Baru-baru ini, pelakon yang semakin popular melalui drama Ariana Rose dan Cinta Ibadah, Hisyam Hamid telah berkongsi sekeping gambar yang memaparkan isterinya, Mel tampil berhijab.

Han kekasih Tasha Shilla rancang untuk nikah


Oh World Duniaku.blogspot.com




“Saya merancang untuk mengahwininya

Tahniah..!!Ana Raffali lahirkan anak sulung.

Oh World Duniaku.blogspot.com



Ana Raffali Selamat Lahirkan Anak Sulung Lelaki Khamis Lalu

Fizz Fairuz dedah wajah anak selepas 44hari


Oh World Duniaku.blogspot.com


Debaran untuk bergelar bapa semakin terasa buat Fizz Fairuz kerana Almy Nadia dijangkakan akan bersalin (dijangkakan bayi perempuan) pada 27 Februari depan.

Nabil dan isteri sibuk fikir nama anak kedua


Oh World Duniaku.blogspot.com



Pemenang tempat ke-3 Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014), Nabil Ahmad memberitahu bahawa dia dan isteri kini sibuk memikirkan

KENAPA SYAIFUL ZERO TANGGUH PERKAHWINAN SELEPAS MENANG MLM2014?






Kumpulan Zero yang dianggotai oleh 3 orang adik beradik iaitu, Sharif, Atu dan Syaiful (Melati) mencipta sejarahnya

Fathia dan Aiman Hakim Redza kembali bercinta

Oh World Duniaku.blogspot.com


Pada mulanya, Fathia agak keberatan untuk bercerita mengenai kisah cintanya.“Selepas tersebar cerita Fathia dan Aiman putus cinta, Fathia dapati terlalu banyak andaian yang orang lain buat mengenai kisah kami. Jadi kalau boleh, Fathia tidak mahu bercerita banyak tentang hal ini,” ujarnya.Bagaimanapun dia bersetuju untuk berkongsi sedikit cerita mengenai isu ini setelah diminta untuk mengulas lebih lanjut mengenai isu itu, memandangkan peminatnya seolah-olah berada dalam situasi ‘terkapai-kapai’ ekoran ketiadaan kenyataan susulan daripada pihaknya setelah berita pengakuan putus cinta oleh Fathia disiarkan oleh akhbar Kosmo, awal Januari lalu.Semasa bertemu pihak media massa sewaktu majlis pengumumannya sebagai Duta Avon, tidak lama selepas tersiarnya berita tersebut, Fathia lebih selesa bercerita mengenai kerjaya seni.
Oh World Duniaku.blogspot.com



Fathia juga ketika itu seronok bercerita mengenai hasratnya untuk menjadi peguam hartanah, bersesuaian dengan kelulusan akademik yang dimiliknya.Dua minggu merajuk menurut Fathia, perpisahannya dengan Aiman hanya mampu bertahan selama dua minggu. Perasaan kasih dan sayang yang sudah tersemat dalam sanubari mereka sejak dua tahun bercinta ternyata membuatkan kedua-duanya tidak
sanggup untuk berpisah lama.
 
Oh World Duniaku.blogspot.com 

“Fathia akui amat menyayangi Aiman. Jadiapabila berlaku salah faham di antara kami, tak boleh nak merajuk lama-lama.“Dua minggu itu pun dah rasa macam lama Kak. Bukan senang untuk Fathia lupakan Aiman begitu sahaja. Fathia ni seorang yang sangat setia.“Hubungan kami bukannya main-main. Dua tahun kami bercinta,” katanya sambil tergelak.Bagaimanapun, Fathia tidak mahu menjelaskan lebih lanjut apa yang menyebabkan hubungan mereka putus buat seketika.“Alah… biasalah Kak, ada salah faham sikit. Tak payahlah cerita ya,” pinta Fathia.

Apa yang Fathia belajar daripada pengalaman ini, dalam menjalinkan hubungan, kita harus saling percaya-mempercayai. Selain itu, kita juga harus cuba untuk mengenali betul-betul pasangan kita itu,” akuinya lagi.Perkembangan terbaru ini pasti membuatkan peminat Fathia dan Aiman gembira kerana sebelum ini ramai yang kecewa apabila mendapat tahu pasangan kekasih yang sama cantik dan kacak ini putus cinta.

Yana Samsudin sah menjadi isteri Fadzil Zahari hanya sekali lafaz

Oh World Duniaku.blogspot.com

Hanya dengan sekali lafaz sahaja, Yana Samsudin selamat menjadi isteri kepada Fadzil Zahri.
Pernikahan mereka berlangsung di kediaman keluarga Yana diTaman Kota Impian, Yong Peng, Johor, selepas solat jumaat.
Oh World Duniaku.blogspot.com

Pasangan ini dinikahkan oleh Imam Imam Shamsul Rizalars Abdul Hamid. Yana menerima mas kahwin sebanyak RM10,000.
Saat bersejarah ketika Fadzil melafazkan akad nikah.Aktres berusia 31 tahun itu turut menerima wang hantaran sebanyak RM50,000 beserta lima dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki. Manakala Fadzil menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin perempuan.

Oh World Duniaku.blogspot.com

Oh World Duniaku.blogspot.com

Dua bintang popular iaitu Erra Fazira dan Shaheizy Sam bertindak selaku pengapit kepada pasangan pengantin baru ini.
Fadzil yang merupakan adik kepada aktor Farid Kamil telah bersanding bersama Yana di Dataran Gemilang, Yong Peng.Erra Fazira dipilih sebagai pengapit di hari bersejarah Yana Samsudin.




Ahad, 15 Februari 2015

Ezad Lazim tekad untuk berubah

Tekad Berubah, Ezad Makin Dekat Dengan Tuhan.
Selepas kejadian yang menimpa dirinya kerana terlibat dalam kes pengambilan dadah, penyanyi dan bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad kini bertekad untuk berubah.
Ezad atau nama sebenarnya Mohd. Rohaizad Mohd Lazim mengakui bukan mudah untuk berubah. Namun dengan sokongan orang sekeliling terutama isteri dan anak, dia yakin bahawa dia mampu melakukannya.
Ezad kini dalam proses untuk pemulihan diri.“Kisah saya ini paling menarik dalam sejarah hidup saya. Selepas saya ditangkap, banyak perkara berlaku dan saya melihatnya dari sudut positif.“Kadang-kadang memang sakit juga hati apabila baca berita mengenai saya tentang kes ini yang kebanyakkannya tidak benar. Tetapi saya jadikan ia sebagaicabaran kerana itu adalah perkara yang terpaksa saya hadapi.
“Memang saya dah mengaku ada mengambil dadah. Jadi, saya nak buktikankepada orang ramai saya boleh berubah.“Salah satu sebab saya terlibat dalam pengambilan dadah adalah pengaruh kawan-kawan dan tambahan pula iman saya tidak kuat ketika itu.“Alhamdullilah, selepas kejadian tersebut saya semakin dekat dengan tuhan. 
Saya dan isteri juga akan ke tanah suci bagi mengerjakan umrah pada 21 Februari ini,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Majistret Selayang, baru-baru ini.
Tambahnya lagi, dia kini sering berkongsi cerita mengenai kisahnya kerana dia dapat meluahkan segala perasaan yang terbuku dihati.“Bagi saya, dengan berkongsi ceritalah saya dapat meringankan sedikit masalah. Itu juga adalah salah satu proses untuk berubah.“Selain itu, saya ada pergi ke klinik di Klang bagi menjalani pemulihan di sana. Bukan itu sahaja, saya juga ada mengikuti perubatan Islam untuk memulihkan semula semangat saya.“Selagi saya mampu untuk berubah, saya akan buat. 
Bagi saya, apa yang penting adalah hati dan niat itu perlu betul,” ujar Ezad yang sesal dengan perbuatannya yang lalu.Menurut Ezad, disebabkan kes dia ditangkap kerana mengambil dan memilikidadah, kerjayanya sebagai seorang penyanyi terjejas.“Memang betul pekerjaan saya turut terjejas di atas kesalahan yang saya lakukan. Tawaran persembahan juga semakin berkurangan.“Tetapi itu semua adalah balasan yang terpaksa saya tanggung dan saya akur,” katanya.

Oh World Duniaku.blogspot.com