Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti, Almy Nadia dan Fizz Fairuz yang selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada jam 6.49 petang semalam.
Almy Nadia isteri Fizz Fairuz selamat bersalin – Menurut sumber info, Almy Nadia selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.25 kilogram di Hospital Columbia, Setapak, Kuala Lumpur.
“Alhamdulilah… Wife saya dah selamat bersalin anak sulung kami, terima kasih atas semua yg mendoakan,” demikian tulis Fizz Fairuz melalui laman Instagram peribadinya.
Bagaimanapun, Fizz dan isteri masih belum bersedia untuk berkongsi wajah anak mereka buat masa ini. Mereka hanya akan mendedahkan wajah si comel itu selepas berusia 40 hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan