![]() |
Oh World Duniaku.blogspot.com |
Pada mulanya, Fathia agak keberatan untuk bercerita mengenai kisah cintanya.“Selepas tersebar cerita Fathia dan Aiman putus cinta, Fathia dapati terlalu banyak andaian yang orang lain buat mengenai kisah kami. Jadi kalau boleh, Fathia tidak mahu bercerita banyak tentang hal ini,” ujarnya.Bagaimanapun dia bersetuju untuk berkongsi sedikit cerita mengenai isu ini setelah diminta untuk mengulas lebih lanjut mengenai isu itu, memandangkan peminatnya seolah-olah berada dalam situasi ‘terkapai-kapai’ ekoran ketiadaan kenyataan susulan daripada pihaknya setelah berita pengakuan putus cinta oleh Fathia disiarkan oleh akhbar Kosmo, awal Januari lalu.Semasa bertemu pihak media massa sewaktu majlis pengumumannya sebagai Duta Avon, tidak lama selepas tersiarnya berita tersebut, Fathia lebih selesa bercerita mengenai kerjaya seni.
![]() |
Oh World Duniaku.blogspot.com |
Fathia juga ketika itu seronok bercerita mengenai hasratnya untuk menjadi peguam hartanah, bersesuaian dengan kelulusan akademik yang dimiliknya.Dua minggu merajuk menurut Fathia, perpisahannya dengan Aiman hanya mampu bertahan selama dua minggu. Perasaan kasih dan sayang yang sudah tersemat dalam sanubari mereka sejak dua tahun bercinta ternyata membuatkan kedua-duanya tidak
sanggup untuk berpisah lama.
![]() | ||
Oh World Duniaku.blogspot.com |
“Fathia akui amat menyayangi Aiman. Jadiapabila berlaku salah faham di antara kami, tak boleh nak merajuk lama-lama.“Dua minggu itu pun dah rasa macam lama Kak. Bukan senang untuk Fathia lupakan Aiman begitu sahaja. Fathia ni seorang yang sangat setia.“Hubungan kami bukannya main-main. Dua tahun kami bercinta,” katanya sambil tergelak.Bagaimanapun, Fathia tidak mahu menjelaskan lebih lanjut apa yang menyebabkan hubungan mereka putus buat seketika.“Alah… biasalah Kak, ada salah faham sikit. Tak payahlah cerita ya,” pinta Fathia.
Apa yang Fathia belajar daripada pengalaman ini, dalam menjalinkan hubungan, kita harus saling percaya-mempercayai. Selain itu, kita juga harus cuba untuk mengenali betul-betul pasangan kita itu,” akuinya lagi.Perkembangan terbaru ini pasti membuatkan peminat Fathia dan Aiman gembira kerana sebelum ini ramai yang kecewa apabila mendapat tahu pasangan kekasih yang sama cantik dan kacak ini putus cinta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan