:Tindakan ikon fesyen, Wak Doyok memberi komen berbaur lucah di laman Instagram milik rakan artisnya iaitu Kilafairy telah mencetuskan kecaman dan kritikan dari pengikutnya di Instagram.Semuanya bermula kira-kira seminggu lalu apabila Kilafairy memuatnaik foto di Instagram yang memaparkan susuk tubuh belakang tubuh badannya. Foto telah mendapat reaksi dari pelbagai pihak dan antara yang turut memberikan komen ialahWak Doyok sendiri.Namun, komen dari Wak Doyok itu mencetuskan kritikan apabila ianya berbaur lucah dan apabila ditegur oleh Kilafairy sendiri, Wak Doyok turut membalas dengan komen yang lebih berbaur lucah.Semuanya boleh dibaca sendiri menerusi kapsyen dan foto dibawahApa yang pasti, tindakannya itu mendapat kritikan ramai pemberi komen lain yang ada antaranya mempertikai kredibili Wak Doyok yang sebelum ini dilihat sering memberi nasihat berbentuk Islamik di Instagram miliknya sendiri.Malah ada beberapa pengikut turut menggelar Wak Doyok seorang yang `pervert` dan `gila seks`. Tidak dapat dipastikan apa reaksi dan motif Wak Doyokberhubung isu ini.Selain itu, menerusi komen-komen lain, tindakan Kilfairy sendiri yang memuatnaik foto sedemikian turut dikritik. Ianya mengundang pelbagai lagi komen-komen berunsur lucah bukan hanya dari Wak Doyok sendiri tetapi pengikut-pengikut lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan