Ahad, 15 Februari 2015

Ezad Lazim tekad untuk berubah

Tekad Berubah, Ezad Makin Dekat Dengan Tuhan.
Selepas kejadian yang menimpa dirinya kerana terlibat dalam kes pengambilan dadah, penyanyi dan bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad kini bertekad untuk berubah.
Ezad atau nama sebenarnya Mohd. Rohaizad Mohd Lazim mengakui bukan mudah untuk berubah. Namun dengan sokongan orang sekeliling terutama isteri dan anak, dia yakin bahawa dia mampu melakukannya.
Ezad kini dalam proses untuk pemulihan diri.“Kisah saya ini paling menarik dalam sejarah hidup saya. Selepas saya ditangkap, banyak perkara berlaku dan saya melihatnya dari sudut positif.“Kadang-kadang memang sakit juga hati apabila baca berita mengenai saya tentang kes ini yang kebanyakkannya tidak benar. Tetapi saya jadikan ia sebagaicabaran kerana itu adalah perkara yang terpaksa saya hadapi.
“Memang saya dah mengaku ada mengambil dadah. Jadi, saya nak buktikankepada orang ramai saya boleh berubah.“Salah satu sebab saya terlibat dalam pengambilan dadah adalah pengaruh kawan-kawan dan tambahan pula iman saya tidak kuat ketika itu.“Alhamdullilah, selepas kejadian tersebut saya semakin dekat dengan tuhan. 
Saya dan isteri juga akan ke tanah suci bagi mengerjakan umrah pada 21 Februari ini,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Majistret Selayang, baru-baru ini.
Tambahnya lagi, dia kini sering berkongsi cerita mengenai kisahnya kerana dia dapat meluahkan segala perasaan yang terbuku dihati.“Bagi saya, dengan berkongsi ceritalah saya dapat meringankan sedikit masalah. Itu juga adalah salah satu proses untuk berubah.“Selain itu, saya ada pergi ke klinik di Klang bagi menjalani pemulihan di sana. Bukan itu sahaja, saya juga ada mengikuti perubatan Islam untuk memulihkan semula semangat saya.“Selagi saya mampu untuk berubah, saya akan buat. 
Bagi saya, apa yang penting adalah hati dan niat itu perlu betul,” ujar Ezad yang sesal dengan perbuatannya yang lalu.Menurut Ezad, disebabkan kes dia ditangkap kerana mengambil dan memilikidadah, kerjayanya sebagai seorang penyanyi terjejas.“Memang betul pekerjaan saya turut terjejas di atas kesalahan yang saya lakukan. Tawaran persembahan juga semakin berkurangan.“Tetapi itu semua adalah balasan yang terpaksa saya tanggung dan saya akur,” katanya.

Oh World Duniaku.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan