Takziah diucapkan pada keluarga,saudara mara penerbangan QZ8501..
Semoga mereka redha menerima apa yang berlaku.
Syukur kerana terjawab juga akhirnya segala persoalan kita semua tentang keberadaan pesawat tersebut.Walaupun berita amat sedih yang kita terima,pesawat tersebut terhempas di laut.
Pesawat Airbus 320-200 bersama 162 penumpang dan anak kapal berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi Ahad dan dijadualkan tiba di Singapura pada 8.20 pagi tetapi terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara Indonesia pada 7.24 pagi.
Penumpang dan anak kapal dalam pesawat itu terdiri 155 warga Indonesia, tiga warga Korea Selatan dan masing-masing seorang warga Singapura, Malaysia, Britain dan Perancis.
Pihak berkuasa penerbangan Indonesia mengesahkan serpihan dan mayat yang ditemui di Pulau Jawa adalah daripada pesawat malang itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan