![]() |
www.ohworlduniaku.blogspot.com.my |
Vokalis kumpulan 2by2 yang kini bergelar usahawan dan komposer, Zul 2by2 menafikan khabar angin yang mengatakan dirinya bakal bernikah dengan seorang wanita bernama Jasmine.
Menurut laporan Harian Metro, desas-desus terbaru ini timbul apabila sumber terdekat keluarga wanita berkenaan memberitahu mereka berdua sudah pun membuat perancangan untuk bernikah di negara jiran.
Selain itu, sumber tersebut memberitahu Jasmine adalah penyanyi sebuah kelab di utara dan mereka berdua dipercayai berkenalan ketika Zul menjalankan urusan bisnes di sana.
"Mana dengar benda mengarut ini? Siapa pula yang cakap saya nak kahwin lagi?,"soal ayah kepada lima orang anak ini ketika diminta untuk mengulas lanjut berkenaan hal ini.
Zul atau nama penuhnya Zulkefli Majid, 42, menegaskan dakwaan tersebut adalah fitnah yang boleh memusnahkan rumah tangga yang dibina bersama Ismaliza Ismail, 35, atau lebih dikenali sebagai Isma AF7.
"Ini tidak betul langsung dan benda 'gila'. Apa yang saya boleh cakap, benda (nikah) ini tidak wujud sama sekali. Takkan saya nak cari penyakit (masalah).
"Berkawan itu memang ramai tapi terus terang saya beritahu tak ada apa-apa yang serius. Saya bersyukur dengan apa yang ada sekarang (isteri dan anak-anak)," ujarnya seperti yang dipetik dari laporan akhbar berkenaan.
Dalam pada itu, Zul berasa kesal apabila sikapnya yang peramah dan mudah mesra kemungkinan besar disalah erti oleh pihak tertentu.
"Tapi saya sentiasa tahu status dan batas saya. Tak ada langsung perancangan (bernikah) seperti yang digembar-gemburkan itu.
"Apa yang saya harapkan, janganlah benda ini melarat sehingga menimbulkan kekeliruan umum terutama kepada isteri saya," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan