Bekas suami Izreen Azminda, Riza Baharuddin berkata, dia tidak terjejas dengan gosip tentang bekas isterinya yang dikatakan bercinta dengan pelakon Amar Baharin.
"Saya sedikit pun tidak tertekan dengan berita-berita yang keluar itu kerana kami sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi.
"Kalau dia bercinta sekalipun itu adalah hak peribadi dan terpulang kepada dia untuk menentukan kehidupannya," katanya kepadamStar.
Riza atau nama sebenarnya Muhamad Riza Baharuddin berkata, dia masih berhubung dengan bekas isterinya itu tetapi hanya berkaitan dengan hal anak lelaki mereka iaitu Adrian Umar yang kini berusia 10 bulan.
"Perceraian kami mungkin sudah ditetapkan oleh Allah, kalau disebabkan orang ketiga sekalipun saya reda.
"Apa-apa pun alasan perceraian ini pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku saya doakan yang terbaik buat dia."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan