Sabtu, 16 Ogos 2014

RUNNING MAN bakal mengegarkan Malaysia

Berita gembira buat peminat rancangan berbentuk 'game show' paling berpengaruh di Korea Selatan iaitu "Running Man", program terbabit bakal menjalani penggambaran rancangan mereka di Malaysia tidak lama lagi.
www.ohworlduniaku.blogspot.com

Dipetik dari Harian Metro, program yang cukup menghiburkan dan mencuit hati ini bakal membawakan empat tunjang utama mereka iaitu Jee Seok Jin, Kim Jong Kook, Song Ji Hyo dan Ha Doong Hoon atau lebih dikenali dengan panggilan Haha ke Stadium Merdeka pada 1 November nanti.
Bagi mereka yang tidak berkesempatan menemui mereka di Kuala Lumpur, anda masih belum terlambat untuk berjumpa mereka di Singapura pada 29 November nanti.
Penyiar utama program ini iaitu One HD mengumumkan mereka berempat bakal menggegarkan program yang dipanggil sebagai 'Race Start Malaysia' dan peminat bakal disajikan dengan keletah spontan keempat-empat bintang utama itu bermain permainan yang disediakan.
Bagi mereka yang ingin beramah mesra secara lebih dekat dengan mereka bolehlah mendapatkan tiket berharga RM729 (VIP), RM499 (CATI), RM429 (CAT 2), RM299 (CAT 3), RM199 (CAT4) yang sudah mula dijual.
Khas buat mereka yang membeli tikat VIP, anda bakal berpeluang menemui empat selebriti tersebut secara eksklusif!
Sementara itu, episod terbaru "Running Man" boleh ditonton di kaca televisyen menerusi saluran Astro 393 pada setiap hari Jumaat jam 11.45 malam dan ulangan pada hari Sabtu dan Ahad pada jam 11.15 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan