Sabtu, 16 Ogos 2014
Justin Bieber bersalah pandu secara cuai
Penyanyi pop Justin Bieber mengaku bersalah atas kesalahan memandu secara cuai dalam satu kejadian di Florida dan dihukum untuk menjalani kelas mengawal perasaan marah.
Menurut laporan media antarabangsa, pelantun lagu "Boyfriend" menerusi peguamnya, Howard Srebnick bersetuju dengan keputusan tersebut selepas mahkamah menukar pertuduhan dengan mengenakan kesalahan ringan terhadapnya ketika kes itu diperdengar di sebuah mahkamah di Miami.
Bieber dikehendaki menjalani kursus tersebut selama 12 jam dan juga dia turut bersetuju untuk membuat sumbangan amal sebanyak AS$50,000 (RM150,000).
Bieber telah ditahan selepas didakwa melakukan perlumbaan menggunakan kereta Lamborghini bersama rakannya, Khalil Sharieff dan dikatakan mengeluarkan perkataan lucah semasa ditahan.
Penyanyi berasal dari Kanada ini turut mengaku salah menghisap ganja dan mengambil sejenis dadah lain.
Ini bukan kali pertama Bieber melakukan kesalahan menyalahi undang-undang. Sebelum ini dia telah membaling bom telur ke rumah jirannya dan dihukum denda melakukan khidmat masyarakat, menyertai program pengurusan marah dan membayar ganti rugi kepada pemilik rumah tersebut.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan