Selasa, 30 September 2014

Didakwa berhutang puluhan ribu,bekas suami kesal dengan sikap Abby Abadi


Pelakon dan penyanyi Abby Abadi mendedahkan dia telah membuat satu laporan polis terhadap bekas suaminya Noor Farhan Che Bakar berikutan sikap lepas tangan dalam soal hak milik kereta dan duit.

Dakwa Abby, bekas suaminya itu telah meminjam wangnya berjumlah puluhan ribu ringgit bagi membeli sebuah kereta untuk bekas adik iparnya.

Bekas suami pelakon dan penyanyi Abby Abadi, Muhammad Noor Farhan Che Bakar kesal dengan sikap bekas isterinya yang membuat laporan polis mendakwa dia tidak mahu membayar hutang.

Menurut Farhan, dia pernah cuba menjelaskan sebahagian hutangnya iaitu RM5,000 namun ditolak Abby kerana tidak bersetuju dengan jumlah tersebut sebaliknya menuntut dia melangsaikan semua hutang sekaligus.




Pada masa sama, Farhan turut menyangkal jumlah hutangnya mencecah puluhan ribu dan berkata tuduhan Abby terhadapnya bersifat mahu mengaibkannya.


"Saya pernah minta untuk bayar sebahagian wang berkenaan tetapi dia enggan menerimanya dengan alasan jumlahnya terlalu sedikit. Saya benar-benar kesal dengan sikapnya," ujarnya yang dipetik dari mStar."
Tidaklah sampai berpuluh ribu ringgit dan saya bukannya anak orang kaya sehingga sanggup berhutang dengan jumlah yang banyak tambahan pulah gaji saya tidak tetap. Dakwaannya itu sengaja merosakkan reputasi dan memalukan saya."

Dalam pada itu, Farhan memberitahu dia kini hanya mampu bersabar dengan segala tuduhan dan fitnah yang dilempar kepadanya.

"Saya masih bersabar dengan segala tindakannya kerana memikirkan dia mempunyai anak-anak dan saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Hendak melawan semula saya tidak tahu untuk pergi ke saluran mana tambahan pula faktor kewangan yang terhad."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan